Uncategorized

Baru Je Puteri Sarah Tunjuk Msej Bertahu Symsul Dan Ira Dah Bernikah, Ini Komen Ibu Syamsul Yusof “Restu ibu bapa itu penting”

PENGARAH terkenal Syamsul Yusof memilih mengunci mulut berhubung khabar angin mengatakan dia sudah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ira Kazar.

Menerusi balasan mesej kepada mStar, Syamsul, 38, hanya memberi respons dengan menghantar emoji ketawa apabila diminta mengulas dakwaan terbaharu tersebut.

Syamsul bagaimanapun tidak membalas mesej susulan berhubung jawapan ringkas yang dihantar sebelum itu.

Syamsul Yusof terus kunci mulut.

Sementara itu, ibu Syamsul iaitu Datin Fatimah Ismail seakan-akan memberi bayangan tidak merestui jika anak lelakinya itu benar-benar bernikah dengan anak kepada pelakon veteran Kazar Saisi.

Fatimah menerusi Instagram miliknya berkata, perkahwinan Syamsul dan isteri, Puteri Sarah Liyana mendapat restu daripadanya dan suami, Datuk Yusof Haslam memandangkan itu pilihan anaknya.

“Perkahwinan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana mendapat restu keluarga sepenuhnya. Syamsul sendiri memilih Puteri Sarah sebagai permaisuri hatinya. Mereka dikurniakan sepasang cahaya mata,” katanya.

Datin Fatimah beri bayangan tak restu hubungan?

Menerusi Instastory pula, Fatimah berkata, restu ibu bapa itu penting dalam setiap perhubungan.

“Restu ibu bapa itu penting untuk doa yang berterusan,” katanya sambil berkongsi gambar perkahwinan Syamsul dan Puteri Sarah.

Fatimah berkongsi kenyataan itu dipercayai susulan khabar angin mendakwa Syamsul sudah berkahwin dengan Ira yang sedang hangat diperkatakan.

Terdahulu, Puteri Sarah berkongsi tangkap layar mesej daripada pihak ketiga pengikutnya di Instagram yang mendakwa Syamsul dan Ira sudah melangsungkan perkahwinan.

Puteri Sarah yang mengulang siar tangkap layar itu di Instastory turut memberitahu dia 50 peratus tidak mengetahui tentangnya manakala 50 peratus lagi tidak kisah dengan perkara tersebut.

Puteri Sarah buat pendedahan lagi.

Tambah Puteri Sarah, dia memilih tidak mengulas lanjut berhubung status rumah tangga yang masih menjadi tanda tanya sehingga hari ini.

Katanya, dia masih tidak tahu apa yang bakal berlaku, namun berharap ada sinar untuk dirinya dan anak-anak.

Nak kata berlaku perubahan besar tunggulah nanti, tetapi saya mengharapkan perkara positif berlaku. Semua pihak mendoakan perkara terbaik untuk saya dan anak-anak.

Orang boleh bercakap apa sahaja, suruh buat itu dan ini, tetapi akhirnya ia berbalik apa yang saya mahukan.

“Anda akan tahu apa yang saya nak, insya-Allah,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Flagship Store Shoppes Rizman Ruzaini di FourSeasons Place, petang tadi.

Ditanya adakah berkemungkinan akan berpisah dengan Syamsul, Puteri Sarah berkata, dia hanya berserah kepada kuasa Allah dan enggan menoleh ke belakang lagi.

Saya tak tahu, Allah Maha Kuasa. Saya sudah lama reda sebaik membuat pend.edahan apa yang berlaku dalam rumah tangga. Saya pun tiada rasa nak toleh ke belakang atau meny.esal.

Jadi, semoga saya mendapat sinar kebahagiaan walau apa juga keputusan dipilih sempena tahun baharu.

“Saya mengharapkan doa orang ramai,” katanya.

Untuk rekod, Puteri Sarah nekad memfailkan satu tindakan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, berserta dua aduan di pejabat agama terhadap pelakon Ira Kazar atas dakwaan menganggu kenteraman rumah tangganya dengan Syamsul.

Pasangan itu berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkongsian hiduo itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah kini berusia 3 tahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *