Hiburan

Baru Je Tun M Ulas Prestasi Anwar, Sekali Nazri Sound Tun M Balik Sambil Bela Anwar Sebagai PM

Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas Datuk Seri Nazri Aziz menyanggah pendapat Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil mengatakan masa bekas Perdana Menteri itu sudah berlalu.

Menyifatkan Dr Mahathir sudah hilang sokongan setelah kalah teruk pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu, Nazri berkata Anwar perlu diberi peluang untuk memimpin dan memulihkan ekonomi negara.

“Masa beliau (Dr Mahathir) sudah berlalu. Cukup-cukup lah, beri peluang kepada Anwar untuk memimpin dan memulihkan ekonomi negara.

“Apa lagi beliau (Dr Mahathir) mahu? Sudah kalah teruk dan hilang deposit di Langkawi baru-baru ini. Semua calon parti dia kalah dan hilang deposit, sudahlah, cukup. Bantu pemimpin muda pulihkan ekonomi negara.

“Saya sendiri sudah tidak percaya dan tidak yakin lagi dengan Dr Mahathir, semua orang beliau anggap tidak betul, hanya dia sahaja yang tahu mentadbir dan memerintah.

“Anwar baru sebulan lebih jadi Perdana Menteri, jangan cepat sangat nak buat penilaian, bagi lah sedikit masa untuk beliau buktikan,” katanya menurut Awani.

Nazri juga menyanggah dakwaan Dr Mahathir bahawa ketika diberi peluang menjadi pemangku perdana menteri lebih 24 tahun yang lalu, Anwar gagal tidak dapat menangani masalah.

Menurutnya biarpun bercuti ketika itu, namun Anwar tidak diberikan kuasa, sebaliknya Dr Mahathir masih mengawal pentadbiran.

“Saya timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu dan bercakap dengan Anwar, beliau tidak mempunyai kuasa biarpun ditugaskan sebagai pemangku perdana menteri.

“Benar Dr Mahathir bercuti di luar negara, tetapi beliau tetap mengawal pentadbiran negara dan bukannya memberi kuasa kepada orang lain.

“Semua orang tahu dan anggap Dr Mahathir sebagai diktator, beliau tidak akan beri kuasa kepada orang lain, cakap ‘beri kuasa’ itu semua menipu.

“Jadi macam mana Anwar mahu selesaikan masalah kalau tidak diberi kuasa, masih dikawal pihak lain?” katanya lagi.

Dalam temu bual eksklusif dengan Berita Harian, Dr Mahathir menyatakan kebimbangannya mengenai kemampuan Anwar untuk berdepan krisis kemelesetan ekonomi dan cabaran pemulihan pasca pandemik.

Kata Dr Mahathir, ini berdasarkan pandangannya terhadap prestasi Anwar sebagai menteri kewangan lebih 20 tahun lalu.

Terima hakikat latar belakang moral Anwar tak boleh lagi diambil kira – Tun M

PUTRAJAYA: Pada 22 September 1999, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi Perdana Menteri ketika itu pernah menegaskan pendiriannya bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh dibenarkan menjadi pemimpin dalam negara seperti Malaysia.

Pendirian berkenaan disuarakan dalam satu sidang media 23 tahun lalu, di mana Dr Mahathir ketika itu mendakwa Anwar terpalit dengan tuduhan berkaitan jenayah seksual.

Ketika ditanya sama ada beliau masih berpegang pada pendirian itu selepas Anwar kini menjadi Perdana Menteri Ke-10, Dr Mahathir menegaskan beliau masih berpandangan individu yang memiliki isu moral, terutama berkait kebebasan seks, tidak layak menjadi Perdana Menteri di Malaysia.

Bagaimanapun, bekas Perdana Menteri itu berpandangan, latar belakang berkait moral Anwar tidak lagi perlu diambil kira memandangkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu sudah mendapat pengampunan penuh daripada Yang di-Pertuan Agong pada 2018.

“Itu (isu liw4t) dipermainkan media antarabangsa, khususnya Isr4el. Isr4el berkata (media Isr4el melaporkan), buat kali pertama Malaysia memilih Perdana Menteri terbabit dengan kebebasan seks.

“Sebab itu pada masa itu pun, saya berpendapat orang mempunyai moral sebegitu tidak sepatutnya menjadi Perdana Menteri. Sekarang ini saya masih mempunyai pendapat yang sama, tapi kita dapati ada sistem pengampunan di Malaysia.

“Kalau pihak terbabit mengampunkan Anwar, kita perlu terima hakikat latar belakang dia itu tidak lagi boleh diambil kira,” katanya.

Beberapa hari selepas PH memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei 2018, Dr Mahathir yang pada masa itu masih bersama pakatan berkenaan dan dilantik menjadi Perdana Menteri kali kedua, memaklumkan Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Sultan Muhammad V bersetuju memberikan pengampunan penuh kepada Anwar.

Ditanya mengapa bersetuju dengan pengampunan Anwar pada 2018 jika beliau kekal dengan pendirian berkenaan, Dr Mahathir memaklumkan dirinya tiada pilihan ketika itu kerana perlu menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Antara kerajaan Najib yang buruk dengan masalah Anwar, saya berpendapat bahawa lebih utama adalah keburukan pemerintahan Najib.

“Oleh kerana itu lebih bahaya, saya terpaksa kerjasama dengan semua pihak, terutama daripada parti lawan yang dulu bermusuh dengan saya untuk jatuhkan Najib pasal itu perkara lebih utama,” katanya.

KREDIT: https://www.agendadaily.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *