‘Bekas Suami Patut Bangga” – Shila Amzah Beritahu Dia Tulis Lagu Fasal Siapa Sebenarnya

Penyanyi Shila Amzah mendedahkan lagu terbaharunya berjudul ‘Jauh Hati’ mengisahkan mengenai pengalaman rumah tangga serta kisah ‘pahit’ yang dialaminya ketika bergelar sebagai seorang isteri.

Cipta lagu mengenai bekas suami

Lagu ciptaan sepenuhnya oleh penyanyi berusia 32 tahun itu dihasilkan selama sehari sebelum dia dan anaknya keluar daripada rumah pada setahun yang lalu. Meskipun, kisah antara Shila dan bekas suami, Haris Idraki Elias sudah berakhir, namun keperitan yang dilalui selama ini masih boleh dirasai.

Lirik dan melodi lagu Jauh Hati saya buat sehari sebelum saya dan anak keluar daripada rumah yang kami tinggal bersama.

Kalau diamati lirik lagu ini, saya tidak menafikan ia menceritakan kisah hidup saya. Ia mengisahkan kisah peribadi saya pada ketika itu bersama bekas suami. Walaupun dah lama berlalu, saya masih tetap boleh rasa keperitannya.

Jelasnya, Haris sepatutnya berasa bangga kerana kisah hidup mereka diceritakan melalui sebuah lagu. Malah, bekas suaminya turut memahami Shila yang suka menulis.

Saya tahu dia macam mana, mustahil dia nak rasa tak puas hati dengan saya. Kalau dia tahu lagu ini saya tulis berkenaan kisah hidup bersama dia, dia patut rasa bangga sebab siapa je nak tulis lagu fasal dia.

Saya sangat terbuka dan tidak lagi berasa takut. Saya tahu dia memahami diri saya yang suka menulis.

Lebih tenang selepas bercer4i

Dalam pada itu, pemilik nama Nurshahila Amir Hamzah mengakui bahawa dia berasa lebih tenang selepas ‘kisah hitam’ yang pernah dialaminya sudah berlalu.

Kehidupan saya selepas habis dengan kisah tersebut, saya lebih tenang dan lega. Malah rasa sangat ringan. Setelah habis semua proses tersebut perasaan yang boleh digambarkan sangat luar biasa.

Adakala saya rasa macam nak dapat balik kehidupan asal saya, rasa lebih muda, hidup lebih bermanfaat dan lagi ceria.

Oleh itu, dengan perasaan yang tenang sekarang inilah masa yang sesuai untuk saya release Jauh Hati. Kalau saya terus keluarkan betul-betul lepas saya tulis lagu ni, saya tak rasa saya kuat.

Sekadar info, Shira dan Haris telah mendirikan rumah tangga pada April 2018. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Seth Uwais yang kini berusia dua tahun.

Bagaimanapun, rumah tangga mereka hanya mampu bertahan selama empat tahun sebelum mereka membuat keputusan untuk membuat haluan masing-masing pada Februari 2022.

Sumber : Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *