Jika anda seorang yang meminati siri Drama Spontan yang telah diarahkan oleh pengarah muda berasal dari Kelantan, Syahmi Sazli pasti sahaja mengenali watak baharu yang dikenali sebagai Samer.
Syahmi telah berjaya menampilkan watak terbaharu itu dalam beberapa video di Facebooknya turut mendapat perhatian ramai.
Sudah memiliki 14 episod, ternyata Samer mempunyai karektornya yang tersendiri apabila suka menjual pelbagai barangan termasuk haiwan peliharan kepada Syahmi.
Samer dikatakan seorang yang lurus bendul suka menawarkan pelbagai barangan termasuk haiwan peliharaan seperti burung, ayam serta arnab kepada Syahmi.
Gelagat ketika menawarkan barang-barang tersebut membuatkan Samer semakin popular kerana keyakinannya sehingga berjaya menjual barang-barang terbabit.

TIPS RAHSIA KEJAYAAN BISNESS SAMER
1)JAGA RAHSIA
-Samer tidak pernah memberitahu lokasi sebenar tempat dia mendaptkn stok wlaupun byk kali didesak oleh Syahmi
2)SENTIASA BERMANIS MUKA
-Samer menunjukkan kepakaran beliau dlm menjual dgn sentiasa bermanis muka walaupun dlm keadaan penat siang @ malam..
3)CERITAKAN KELEBIHAN PRODUK
-Samer byk mempengaruhi pelanggan dgn menyatakan jika syahmi beli barang ini, keadaan rumah akan lebih sejuk dan tenang..
4)JUALAN SECARA PUKAL @ PAKEJ
-Samer menjual teddy bear secara pakej 4 serangkai.. Keris 3 beradik, Cincin delima 3..Sbb itulah stok pertma dan terakhir beliau maka seeloknya jualan secara pakej supaya stok dapat dihabiskan dan duit dpt digunakan utk pembelian stok barangan yg lain
5)JANGAN BERTANGGUH
Ini dpt dilihat apabila selang 30 minit selepas Syahmi membeli cincin dr Samer, Samer dtg membawa barang seterusnya untuk dijual kepada Syahmi..
6)BERIKAN HADIAH
-Samer beri hadiah buah nyor kpd syahmi (Buah kelapa dpt free shj dr rumahnya). Perbuatan ini menjadi salah satu intipati penting dalm kejayaan bisnes Samer kerana kita dpt melihat Pelanggan sudah tertarik dan tertawan hati dgn budi pekerti Samer shgga ingin membeli dan membeli lagi dgnnya walaupun barang yg ingin dijual masih belum ada..
7)BERIKAN DISKAUN
Dalam byk2 urusn jualan samer, Samer sentiasa memberi diskaun kpd Syahmi.. Samer juga siap2 memberi diskaun walaupun cstmer belum lg meminta diskaun..
8)Jika pelanggan mendesak utk beli harga bawah harga modal, sila nyatakan siap² harga modal dan keuntungan anda..(boleh melembutkan hati pelanggan)..Jgn lupa gunakan sedikit skill simpati umpanya duit untung ni hanya untuk beli nasi berlauk..
9)JANGAN LUPA BERSEDEKAH
-Hasil keuntungan jualan Gajah koka dibahgi sama byk kepda adik yg dikatakan cacat kaki..Mungkin ini salah satu tips yg amat penting bagi bakal peniaga yg ingin maju dalm bisness..Hasil jualan Gajah kayu koka RM50.. Tapi Samer sedekah RM25 untuk budak tersebut,manakala Rm25 adalah untuknya..
10)PUJI PELANGGAN
Sekali sekala dpt didengar daripada mulut Samer mengatakan Syahmi ni “Kaya”, “Jutawan”, “Duit Byk”.. Sedikit sebanyak membantu dlm proses closing sale..
#samer #sejuk
Ternyata, lelaki yang mempunyai karektor seorang lelaki lurus sudah semakin popular di negeri Pantai Timur itu sehingga perkataan ‘sejuk’ yang selalu diucapkan kini menjadi tular.
“Kalau dikira harga barang yang dia (Samer) jual kepada Syahmi lebih RM1,000 dah, baik Syami suka melayan,” kata seorang netizen.
Wajah Samer Mirip Pelakon Filem On Bak
Samer Sepupu Abah Syahmi
“Ni pelakon mi hok jadi penculik haritu.. mari jupo mi sakni, tanyo bakpo hok dio berlakon tkdok CD.. Haha.Samer ni sepupu kepada abah mi.. kiranya dia pak sepupu mi lah.” terang Syahmi lagi
Jelasnya, gaya percakapan Samer menjual barang membuatkan ramai mahu beli.
Terdahulu, Syahmi pernah memaparkan tiga watak terkenal iaitu Yoe Pare, Asif serta Bedo. Ketiga-tiga watak ini ternyata sudah berada di tahap mereka tersendiri.
Malah, Asif juga telah memenangi anugerah Artis Komedi Lelaki Popular yang mengalahkan nama-nama besar lain dalam industri seni beberapa tahun lalu.
Kehebatan Syahmi dalam menghasilkan watak-watak bagi mengisi video terbitannya sememangnya boleh dipuji apabila penampilan watak-watak tersebut boleh diterima ramai.
Antaranya watak seorang lelaki warga emas yang dikenali sebagai Pok Tar kini turut menjadi sebutan orang ramai kerana kebiasaan watak orang tua lakonannya.- KOSMO! ONLINE.
Kredit: Amirul Shazmi