Entertainment

Da’i Syed sah bergelar suami Hana Ismail dengan sekali lafaz, bahasa masa akad nikah mereka guan tarik perhatian ramai

PENDAKWAH selebriti Da’i Syed sah bergelar suami kepada personaliti TV, Hana Ismail dengan sekali lafaz pada Sabtu.

Majlis pernikahan pasangan tersebut berlangsung di Masjid Ibnu Mas’ud Kuala Lumpur dan pasangan itu disatukan kira-kira pukul 11.40 pagi.

Syed, 27, dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Ismail Dahwan yang disaksikan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Majid Ibnu Mas’ud Kuala Lumpur iaitu Mohd Nazri Yacob.

Menariknya, pengantin lelaki dinikahkan menggunakan bahasa Arab.

Syed dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Ismail Dahwan.

Pada majlis tersebut, Syed atau Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful menyerahkan mas kahwin berbentuk seutas gelang emas kepada pengantin perempuan.

Bagaimanapun wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Da’i Syed sah bergelar suami Hana Ismail dengan sekali lafaz, akad nikah dalam bahasa Arab

Majlis tersebut dihadiri oleh ahli keluarga dan teman rapat kedua-dua belah pihak.

Sementara itu, Syed ketika ditemui bersyukur majlis berkenaan berjalan lancar selain tidak menyangka hari yang dinantikan menjadi kenyataan.

“Syukur semuanya berjalan lancar. Terima kasih kepada ahli keluarga yang banyak membantu dalam menguruskan perjalanan majlis.

Hana ketika hadir ke Masjid Ibnu Mas’ud Kuala Lumpur.

“Memang berdebar menjelang hari pernikahan tetapi pastinya, saya amat gembira kerana kini sah bergelar suami,” katanya.

Dalam pada itu, pasangan pengantin akan diraikan dalam majlis kenduri yang akan diadakan di Shah Alam pada sebelah malam.

Terdahulu, Syed dan Hana mengikat tali pertunangan pada 23 Oktober lalu di kediaman personaliti TV itu di Johor Bahru.

Pasangan itu berkenalan ketika menghadiri sebuah majlis agama dan mengambil keputusan melangkah ke fasa seterusnya walaupun tempoh perkenalan mereka singkat.

‘Lembut hati, muliakan ulama antara sifat ada pada Da’i Syed’ – Hana Ismail

Pengacara jelita Hana Ismail mengakui keperibadian lembut hati membuatkan dia tertarik untuk menerima kehadiran Da’i Syed untuk dijadikan bakal suami.
Hana atau nama sebenarnya Nurulhana Ismail ketika dihubungi Astro AWANI memberitahu terdapat beberapa karakter menarik dimiliki tunangnya itu.

“Meskipun perkenalan kami singkat, Alhamdulillah segalanya berjalan baik atas izin Allah SWT. Keperibadian Syed yang lembut dalam tuturnya dan memiliki pengetahuan dalam bidang agama Islam membuatkan saya menerima lamarannya.

“Dalam masa sama, Syed sangat takzim dan memuliakan ulama juga sering menghadiri majlis ilmu dan jalan kami serupa. Paling utama saya jatuh hati dengan cara dia menjaga dan menggembirakan ibunya,” katanya tenang.
Kongsi Hana, sesi taaruf berlangsung pada Oktober lalu di Musollah Aisya iaitu di kediaman Datin Seri Umie Aida.

“Sesi berlangsung dalam satu jam. Selepas itu saya membuat solat Istikharah memohon petunjuk Allah sebelum membuat keputusan menerima lamaran. Begitu juga dengan Syed yang menunaikan solat Istikharah sebelum kami melangkah ke fasa seterusnya,” katanya tenang.

KREDIT: MSTAR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *