Uncategorized

Diserang ‘panic attack’ teknik hero guna selamatkan Maya Karin tarik perhatian ramai

Melaka : Pelakon, Maya Karin mendedahkan dirinya diserang ‘panic attack’ atau serangan panik ketika menyampaikan anugerah di Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) yang bersiaran secara langsung di Encore Melaka, di sini, malam kelmarin.

Situasi itu disaksikan penonton di dewan berkenaan serta penonton di rumah apabila pelakon jelita itu tiba-tiba menggigil dan gagal menyeimbangkan badan ketika membacakan anugerah bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik ketika itu.

Menerusi perkongsian di Instagram, Maya berkata, dia berterima kasih kepada rakan penyampainya yang juga pelakon handalan, Faizal Hussein kerana menjadi penyelamat daripada terjatuh di pentas.

“Hero saya semalam, sangat ‘gentleman’, siap kutip kasut saya yang tertinggal di pentas,” tulisnya di Instagram.

Pada malam anugerah yang bersiaran di TV2 itu, Maya sempat meminta maaf dan terpaksa memegang bahu Faizal untuk memastikan dia tidak terjatuh atau tersungkur.

Maya juga dilihat membuka kasut tumit tingginya dan meneruskan dengan membaca skrip yang disediakan walaupun dalam keadaan menggigil.

Maya Karin Tangani Serangan Panik Dengan Baik di Pentas Festival Filem

Tahniah diucapkan kepada Maya Karin yang telah berjaya menangani dengan baik serangan panik semasa berada di pentas kelmarin.

Maya Karin yang menjadi penyampai Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di lihat mula alami serangan panik sebaik sahaja berada di pentas .Mujur ada “Roy” yang menjadi penyelamat membantu Maya melakukan teknik grounding bagi meredakan situasi.

Kasut di lepaskan merupakan salah satu cara untuk grounding selain mengambil nafas (deep breathing). Grounding adalah cara yang berkesan untuk menenangkan kebimbangan semasa serangan panik. Dalam proses ini, anda mengenal pasti objek di sekeliling anda untuk membantu otak anda mengenali di mana anda berada.

Ini mewujudkan rasa selesa kerana anda tahu di mana anda berada dan anda berasa lebih mengawal keadaan

Hanya yang mengalami masalah ini benar benar faham situasi yang dialami kelmarin. Jika tidak di tangani dengan baik, serangan panik boleh menjadi lebih teruk dan pesakit boleh pitam.
You did very well Maya! dan telah melakukan tugasan di pentas besar dengan baik.

Rata-rata pengikut bersimpati dengan keadaan kesihatannya dan berterima kasih kepada Faizal yang sentiasa memastikan pelakon kesayangan itu berada dalam keadaan baik.

“Siap ‘standby’ tangannya di belakang. Mungkin bimbang jika anda pitam atau apa,” tulis seorang pengikut.

“Saya dah boleh agak masa tengok kak Maya menggigil. Serangan panik, semoga selalu kuat ye. Kami semua cintakan anda. Suka betul tengok hero sangat ‘gentleman’,” kongsi seorang lagi pengikut.

kredit:astro awani, public health

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *