Uncategorized

“Dlm hidup ini ada banyak persimpangan” -Syamsul Kahwin Dgn Ira Kazar, Yusof Haslam akhirnya buat keputusan ini

Kuala Lumpur : Pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam, 68, mengharapkan yang terbaik buat anaknya, Syamsul dan menantu, Puteri Sarah Liyana yang kini diuji konflik rumah tangga.

Yusof ketika dihubungi berkata, apa yang berlaku terserah kepada Syamsul untuk mencari jalan yang diredai Allah SWT.

“Dalam hidup ini ada banyak persimpangan. Sebagai ibu bapa, kami sentiasa mendoakan yang terbaik,” katanya kepada Harian Metro.

Yusof berkata, dia enggan masuk campur mengenai masalah rumah tangga Syamsul yang kini didakwa sudah berkahwin dengan pelakon, Ira Kazar yang juga anak

kepada pelakon veteran, Kazar Saisi.

Dalam pada itu, Yusof juga enggan mengulas mengenai tindakan Syamsul yang mahu memfailkan saman sebanyak RM10 juta terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang didakwanya mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap keluarganya dengan mengatakan dia sudah berkahwin lagi.

kredit:hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *