Uncategorized

“Doakan Cik Man…” – Ini Kata2 PU Azman Masa Hadir Serah Dokumen Kes di Seremban

PENCERAMAH selebriti, Pencetus Ummah (PU) Azman memohon doa daripada peminat agar urusan kes mahkamah yang sedang dihadapinya dipermudahkan.

Azman atau Azman Syah Alias, 41, berkata demikian ketika menyapa petugas media di Mahkamah Sesyen Seremban bagi menghadiri sebutan semula kes berhubung pertuduhan am4ng s3ksual dan keluc4han terhadap dua remaja lelaki.

Azman atau lebih mesra dengan sapaan Cik Man hadir ke mahkamah memakai baju kurta berwarna biru gelap turut kelihatan tenang ketika disapa media di perkarangan mahkamah.

“Doakan Cik Man dan terima kasih kepada para wartawan,” katanya ringkas.
Azman kelihatan tenang ketika tiba di mahkamah.

Pendakwah tersebut turut ditemani peguam Mohamad Zahid Ahmad dan tiba di perkarangan mahkamah kira-kira pukul 8.50 pagi.

Sementara itu, menerusi prosiding tersebut, Azman hagi penyerahan dokumen kes berkenaan dihadapan Hakim Datin Surita Budin.

Terdahulu, Azman mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan melakukan am4ng s3ksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai tahun ini.

Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan S3ksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan dikenakan hukuman sebat.

Tertuduh juga dilarang menghampiri mangsa serta saksi pendakwaan sehingga kes selesai.
Pada Rabu Azman turut dituduh di

Mahkamah Sesyen dan Majistret Klang.
Selain itu, mahkamah menetapkan syarat tambahan iaitu perlu melapor diri di balai polis berhampiran pada Sabtu pertama setiap bulan dan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Sebutan semula kes bersambung 31 Januari 2023.

Terdahulu pada Rabu, Azman turut mengaku tidak bersalah atas tiga lagi pertuduhan amang s3ksual dan keluc4han melampau terhadap tiga remaja lelaki di Mahkamah Sesyen Klang, Selangor.

Manakala di Mahkamah Majistret Klang, Azman berdepan tuduhan melakukan perbuatan keluc4han mel4mpau terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun.
Kes itu pula akan disebut semula pada 12 Januari tahun depan.

kredit:mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *