Fifa Akhirnya Siasat Salt Bae. Apa Yang Dia Lakukan Buat Ramai Peminat Bola Sepak Tak Boleh Terima

Fifa sedang menyiasat bagaimana chef selebriti, Salt Bae mendapat ‘akses tidak wajar’ masuk ke padang selepas aksi final Piala Dunia apabila menyaksikannya bergambar dengan pemain Argentina yang terkejut termasuk Lionel Messi.

Salt Bae atau nama sebenarnya Nusret Gokce, dilihat memegang dan mencium trofi Piala Dunia selepas Argentina menewaskan Perancis pada perlawanan akhir, Ahad lalu di Qatar.

Usahawan Turki itu dikritik secara meluas kerana dua kali cuba menggenggam lengan Messi, yang dilihat kurang senang dengan tindakannya itu.

Dia juga bergambar dengan Angel di Maria, Lisandro Martinez serta barisan pemain lain.

Peraturan Fifa menyatakan trofi Piala Dunia hanya boleh dipegang oleh pemenang kejohanan dan individu seperti pegawai Fifa serta ketua negara di bawah naungan badan induk itu.

Selepas melakukan semakan, Fifa mengambil ketetapan bagaimana seorang individu mendapat akses masuk ke padang selepas majlis penutup di Stadium Lusail pada 18 Disember lalu.

“Tindakan yang sewajarnya akan diambil,” kata seorang jurucakap kepada BBC.

Salt Bae, 39, memiliki rangkaian restoran mewah di seluruh dunia termasuk Beverly Hills di Los Angeles dan di London.

Didakwa ‘lapar’ perhatian, Salt Bae muat naik video lama bersama Messi

DIDAKWA ‘lapar’ perhatian, Salt Bae kini berkongsi video lama dia memeluk Lionel Messi.

Dia yang sebelum ini dibidas kerana mengganggu azimat Argentina untuk swafoto selepas perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2022, Ahad lalu.

Tukang masak Turki atau nama sebenarnya Nusret Gökçe telah dirakam memegang bahu Messi sekurang-kurangnya dua kali.

Meskipun Messi cuba menolak, namun bintang Angle Di Maria itu akhirnya bersetuju untuk bergambar.

Messi juga meniru aksi yang sering dilakukan Salt Bae.

Susulan daripada insiden yang memalukan itu, Gökçe membalas dengan catatan baharu kepada 50 juta pengikut Instagramnya.

Malah video turut dimuatnaik bersama dengan kapsyen ‘The Champion’.

Ia adalah video dari satu-satunya pertemuan mereka sebelum ini pada 2018 ketika Messi dan isterinya makan malam di restoran stik Gökçe di Dubai.

Bintang Perancis Paul Pogba juga berada di sana.

Pun begitu, rata-rata pengikutnya mengandaikan ia adalah cubaan untuk membuktikan dia berkawan dengan Messi selepas mendapat sikap dingin beberapa hari sebelum ini.

Pada November 2018, Messi makan di restoran stik Dubai Gökçe bersama isterinya Antonela Roccuzzo dan rakan. – The Sun

sumber:- HM

Terdahulu dia menyiarkan video dirinya menyaksikan perlawanan dengan duduk sebaris bersama Presiden Fifa, Gianni Infantino.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *