‘Harap bakal suami dapat jinakkan saya’-Ini Biodata Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin, Suami Reen Rahim

Pelakon Reen Rahim, 34, selamat bergelar isteri kepada Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin, 28, seorang ahli perniagaan dalam majlis pernikahan yang diadakan di Boraombak Marina, sebentar tadi.

Pasangan ini sah suami isteri dengan sekali lafaz pada pukul 9.05 malam, dinikahkan oleh bapa Reen, Abdul Rahim Abdul Kadir di hadapan Pendaftar Nikah Putrajaya, Hafizan Ibrahim.

Pada majlis itu, Reen atau nama penuhnya, Noreen Ashikin Abdul Rahim, menerima mas kahwin sebanyak RM1,988 serta sedulang emas berupa set barangan kemas seperti rantai, gelang dan sebentuk cincin.

Pihak pengantin lelaki menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh oleh pihak pengantin perempuan.

Difahamkan, pasangan tersebut bakal diraikan dalam satu majlis resepsi yang berlangsung di Ruscus Hall Forest Valley, Bandar Mahkota Cheras pada Ahad.

Biodata Hazim Zainal

Sepintas lalu,

Hazim Zainal, dengan nama sebenarnya iaitu Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin adalah salah seorang graduan dari Universiti awam. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian).

Dalam kehidupan seharian, beliau sentiasa kelihatan aktif dan ceria serta mudah di dampingi oleh masyarakat.

Biodata Hazim Zainal

Maklumat Diri.

Nama sebenar:
En. Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin

Nama panggilan:
Hazim Zainal

Tahun kelahiran:
1994
Umur pada tahun 2022:
28 Tahun

Asal:
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Tingkat pendidikan:
Ijazah Sarjana Muda (Kepujian)

Pusat pendidikan:
Universiti Teknologi Mara

Terdahulu, majlis Malam Berinai Reen yang membawa tema Bollywood diadakan di Hulu Langat, Selangor.

Aktres itu bertunang dengan pasangannya pada 12 Ogos lalu selepas dua tahun mengenali hati budi.

Mereka bakal diraikan dalam tiga buah majlis iaitu malam berinai, acara akad nikah dan resepsi dengan tajaan sebanyak RM15 juta daripada pelbagai pihak.

Terdahulu Reen atau nama sebenar, Noreen Ashikin Abdul Rahim, 34, mengaku dia sudah bersedia menjadi suri hidup insan tersayang dan menempuh fasa baharu kehidupan.

Reen sedar tanggungjawab akan menjadi lebih mencabar, namun, dia dan bakal suami optimis menjalani fasa hidup berdua.

“Secara peribadi, saya bersedia menjadi isteri yang solehah dan mentaati suami.

“Bagaimanapun, dalam usaha untuk ke arah itu, saya berharap bakal suami juga perlu bersiap sedia untuk ‘menjinakkan’ saya,” katanya kepada BH Online.

Harap bakal suami dapat jinakkan saya Reen Rahim’Harap bakal suami dapat jinakkan saya’ – Reen Rahim

Mengulas mengenai karier seni selepas berkahwin, pelakon kelahiran Selangor itu mahu bekerja seperti biasa.

Bersuamikan Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin, Ini 10 Fakta Biodata Pelakon Reen Rahim

1 – Reen Rahim adalah seorang pelakon berdarah kacukan Pakistan, Arab, Melayu dan Bugis.

2 – Aktres berumur 34 tahun ini telah menamatkan pengajian di Thomas & Guys Academy dengan kelulusan Diploma Hair Stylist.

3 – Antara drama lakonannya yang diingati ialah Pujaan Hati Kanda, 7 Hari Mencintaiku 3, Evolusi KL Drift: The Series dan Kelmarin Cinta, termasuk filem-filem seperti Syif Malam Raya, Town Mall, KL Vampires, Seratus dan Daddyku Gangster.

4 – Sehingga kini beliau telah mencatatkan lebih 1.2 juta pengikut di laman Instagram (IG).

5 – Beliau dikenali sebagai seorang yang ceria dan berperangai ‘gila-gila’.

6 – Turut dikurniakan bakat dalam bidang nyanyian, selain bidang lakonan yang diceburi.

7 – Reen akui selesa meminta tunjuk ajar daripada pelakon-pelakon senior seperti Nabila Huda, Beto Kusyairy, Sharifah Amani, Fauziah Nawi dan Azhan Rani bagi memajukan diri dan memperbaiki kelemahan yang ada.

8 – Menyimpan hasrat untuk diiktiraf bagi mengungguli trofi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM).

9 – Merupakan anak bongsu perempuan dalam keluarga — dan paling lambat kahwin!

10 – Mengakui sudah bertunang dengan suaminya itu pada Ogos lalu namun tidak menghebahkan bagi menghormati permintaan keluarga mereka.

kredit: https://iluminasi.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *