Selepas sembilan hari mengangkat sumpah jawatan nombor satu sebagai Perdana Menteri Ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini, mengumumkan anggota Kabinet Kerajaan Perpaduan diterajuinya dengan beliau turut memegang portfolio sebagai Menteri Kewangan.
Anwar akan dibantu dua Timbalan Perdana Menteri dalam Jemaah Menteri iaitu Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah serta Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Seri Fadillah Yusof merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi.
Pelantikan Fadillah adalah satu sejarah baharu negara apabila menjadi pemimpin pertama dari Sarawak dilantik jawatan nombor dua kerajaan Persekutuan.
Anwar berkata, semua menteri yang baru dilantik akan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pada jam 3 petang esok.
Dalam pada itu, beliau berkata, senarai timbalan menteri akan diumumkan kemudian.
Berikut adalah Barisan Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan:
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu
Menteri Ekonomi Mohd Rafizi Ramli
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan
Menteri Kerja Raya Alexander Nanta Linggi
Menteri Dalam Negeri Datuk Saifuddin Nasution Ismail
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Menteri Sains dan Teknologi Chang Lih Kang
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub
Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi Datuk Seri Azalina Othman
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Ewon Benedick
Menteri Luar Negeri Datuk Seri Zambry Abd Kadir
Menteri Pelancongan Tiomg King Sing
Menteri Komunikasi Digital Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek
Menteri Perpaduan Negara Ago Dagang
Menteri Agama Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh
Menteri Sumber Manusia V N Sivakumar
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah Sarawak) Armizan Mohamad Ali
Nurul Zahid syukur bapa jadi Timbalan Perdana Menteri
Terbaharu, anak perempuan kepada Ahmad Zahid iaitu Datuk Nurulhidayah meluahkan kesyukuran apabila bapanya dilantik secara rasmi sebagai Timbalan Perdana Menteri sebentar tadi.
“Allahuakbar. Alhamdulillah. Subhanallah!!”tulisnya pada hantaran berkenaan di laman Instagram.

Tahniah!
Hantaran itu dihujani dengan ucapan tahniah atas lantikan Ahmad Zahid sebagai salah seorang orang kanan penting dalam pembetukan Kerajaan Perpaduan.
Berikut pula reaksi dari tokoh wartawan A Kadir Jasin
Anwar Umum Kabinet
1. Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, sudah umum Kabinet seperti senarai di bawah. Ada dua orang Timbalan Perdana Menteri dan dia sendiri jadi Menteri Kewangan. Kata Perdana Menteri tak boleh pegang lain jawatan?
2. Ada 28 anggota. Tidaklah kecil mana. Ada muka baru, ada daripada Kabinet kerajaan Pakatan Harapan lama, ada yang dikitar semula, ada yang prima facie, ada yang kalah pilihan raya dan muka-muka basi.
3. Bagilah ulasan dan kesimpulan. Adakah ini Kabinet reformisi yang sudah 24 tahun diuar-uarkan?
4. Saya nak hadam dulu dan kalau tidak menderita sembelit minda, saya sambung pula.
Wallahuaklam. Terima kasih.
Senarai Kabinet Dari Bernama
Dulu Menteri Pertahanan, kini Mat Sabu Menteri Pertanian
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu atau Mat Sabu dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
Pelantikan itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu sidang akhbar di Putrajaya hari ini.
Mohamad sebelum ini pernah memegang jawatan sebagai Menteri Pertahanan.
Terdahulu, Mat Sabu menang bergaya selepas berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Kota Raja pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) baru-baru ini.
Apa kata anda? Kongsikan bersama kami