“Jangan sampai aku buka cerita kau ubatkan orang Brunei”-Kisah Silam Ustazah Siti Afifah Terb0ngkar

Tak perlu lagi rasanya kami beritahu siapa Ustazah Siti Afifah ni sebab namanya sering menjadi topik panas dan menarik perhatian ramai.

Terbaru! Terdapat seorang pereka fesyen tempatan memuat naik foto dan kenyataan dari pendakwah itu yang bertajuk “Penyakit kencing manis datang kepada mereka yang makan minum dari sumber yang haram”.

“Sumpah kau ni banyak terpesong!” – Pereka Fesyen.

Individu itu juga mendakwa yang ustazah viral itu sudah terpesong dan tidak teragak-agak untuk mendedahkan tentangnya hang pernah mengubati warga Brunei sehingga meninggal. Biar betul?

Jangan sampai aku buka cerita kau ubatkan orang Brunei sampai meninggal sebab punca makan ubat kau! Lepas tu kau putar belit cerita.

Kau dah kena banned dengan negara Brunei. Orang Malaysia ramai tak tahu.

Walau bagaimanapun, tidak dipastikan sama ada kisah yang disampaikan pereka fesyen ini benar ataupun tidak.

Ustazah Afifah Ambil Tindakan Undang-Undang Atas Fitn4h Yang Diterima

Terdahulu Kecoh di media sosial dengan kecaman dari netizen terhadap Ustazah Afifah isu mengenai makan ubat tahan sakit boleh masuk neraka.

Lantaran daripada itu, Ustazah Afifah tidak berdiam diri dan telah memuatnaik satu posting di facebooknya @sunnahtidakpernahberbohong2 untuk mengambil tindakan terhadap individu yang telah memfitnahnya.

“Tunggu Tindakan Mahkamah”

Mengikut posting yang dikongsikan di laman facebooknya, ustazah mengatakan bahawa dia tidak akan berdiri dengan apa yang dilakukan oleh pihak media yang dikatakan sengaja memberi tajuk yang telah menimbulkan fitnah terhadap pernyataannya. Menurutnya, dia akan mengambil tindakan Mahkamah terhadap individu-individu tersebut.

Kali ni ustazah tak akan diam dengan sengaja beri tajuk untuk lakukan media media mereka lain yang disampaikan lain yang difitnahnya …dan tunggu tindakan mahkamah ..

Dia turut memberi amaran kepada pihak lain yang telah memberi komen-komen yang berunsurkan fitn4h.

begitu juga yang lain ….komen komen unsur fitnah ..tak kenal mengaku kenal …buat liputan sendiri …begitu juga berita TV al hijrah ,pen mufti dll.….individu individu lain

Ustazah menegaskan sekiranya permohonan maaf tidak dilakukan dan pihak tersebut tidak membetulkan balik dengan perkara sebenar, dia tidak teragak-agak untuk bertindak mengikut undang-undang.

sekiranya tiada permohonan maaf dan betulkan balik -ustazah akan bertindak ikut undang undang

Apa-apapun, pihak Murai MY berharap agar perselisihan ini dapat diselesaikan dengan baik dan tidak menimbulkan apa-apa isu lagi selepas ini.

Kredit: Instagram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *