Uncategorized

“Jangan sekali-kali hendak menjadi juara”-Shahidan ‘Sound’ Balik Adam Adli. Ayat Dia Boleh Buat Adam Adli Terkedu

KUALA LUMPUR: Selepas beberapa persatuan bangkit menyatakan kekecewaan terhadap kenyataan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim, kini tiba giliran Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) bersuara.

Presidennya, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menggesa Adam Adli untuk membuktikan dakwaannya bahawa badan sukan di negara ini dibelenggu gejala rasuah dan sekiranya tidak, tindakan susulan akan diambil.

“Jangan sekali-kali hendak menjadi juara dengan melemparkan kenyataan-kenyataan yang tidak berasas dan kurang fakta,” kata Shahidan dalam satu kenyataan.

“Sila dapatkan maklumat lengkap bagaimanakah badan sukan diuruskan oleh orang yang dipilih. Sila buktikan badan sukan mana yang terlibat dengan rasuah.”

Rakyat tunggu pendekatan Kabinet tangani korupsi, ketirisan

Shahidan dalam pada itu berkata, Adam Adli sepatutnya mempertahankan sukan di Malaysia dan kenyataan dikeluarkannya itu dianggap sebagai ‘kurang sihat dan tidak sesuai.’

“Ini adalah kurang sihat dan tidak sesuai dikeluarkan oleh seorang Timbalan Menteri Belia dan Sukan,” katanya. “Jika tidak, kami akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap dakwaan yang tidak berasas ini.”

Sebelum ini, Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Dr Mohamad Norza Zakaria nyata kurang senang dengan dakwaan Adam Adli dalam satu sidang media dengan menyatakan badan sukan di negara ini dibelenggu gejala rasuah.

Turut kecewa dengan kenyataan berkenaan adalah Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin dan Presiden Persekutuan Wushu Malaysia, Datuk Chong Kim Fatt.

Adam Adli ketika sidang media pertama selepas melaporkan diri secara rasmi di Menara KBS dilaporkan berkata, arena sukan negara seharusnya bebas daripada sebarang amalan korupsi, ketidakcekapan dan ketirisan bagi mengangkatnya ke tahap lebih tinggi.

“Saya yakin pengamal media yang membuat liputan tentang sukan tahu sangat masalah iniā€¦ ia masalah dalaman sebenarnya sebab saya percaya ia bukan tentang prestasi atlet.

“Kita ada ramai atlet bertaraf dunia yang berjaya bawa emas untuk negara di kejohanan antarabangsa, tetapi selalunya bila kita meneliti secara mendalam, ia berkaitan isu korupsi, jadi kita perlu menguruskan isu ini,” kata Adam Adli pada ketika itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *