“Jauh lagi level acting budak tu nak up, kontroversi je die mamp” – Fezrul Khan Buat Hantaran Berbaur Sindiran

Pelakon, Fezrul Khan sebelum ini terpalit kontroversi apabila didakwa telah mencekik seorang pelakon wanita sehingga menyebabkan kesakitan ketika melakonkan satu babak.

Walau bagaimanapun, pelakon wanita tersebut telah pun memaafkan Fezrul kerana enggan isu berkenaan terus berlanjutan.

Terkini, Fezrul menerusi akaun TikTok miliknya membuat satu hantaran memuji bakat lakonan Nabila Huda, namun apa yang menarik perhatian adalah kapsyen yang dibuat pelakon itu yang berbaur sindiran terhadap seorang individu.

Jauh lagi level acting budak tu nak up, kontroversi je die mampu. A-class level Nabila Huda actress.”

Walaupun sindiran itu tidak dikhuskan kepada sesiapa, rata-rata netizen seolah-olah dapat meneka siapa yang dimaksudkan.

Dalam pada itu, warganet juga berharap agar Fezrul melupakan isu yang berlaku antara dia dan pelakon wanita berkenaan.

“Saya rasa Reen ok…jangan marah ye…sudah-sudah lah tu…buang yang keruh ambil yang jernih” kata seorang warganet.

“Hahahaha abang tak move on lagi ke?” ujar seorang lagi wargamaya.

Terdahulu Pelakon Reen Rahim menyatakan sudah memaafkan pelakon lelaki yang didakwa mencekiknya sewaktu menjayakan satu babak lakonan dalam penggambaran filem Batu Syaitan.

Tidak mahu memperbesarkan isu, Reen berkata hal yang berlaku itu sudah selesai dan dia tidak mempunyai masalah sekiranya digandingkan sekali lagi dengan aktor berkenaan dalam mana-mana naskhah selepas ini.

“Saya sangat profesional, apa yang sudah berlaku sebenarnya perkara kecil sahaja sebabnya selepas habis sahaja insiden itu, tak sampai dalam 10 minit saya dah kembali berlakon.

“Saya okay dan dah maafkan perkara itu, tengok muka dia pun saya boleh. Saya boleh lupakan insiden itu.

“Tapi, kalau dia yang sudah tidak mahu berlakon dengan saya lagi, apa yang saya boleh cakap?

“Saya okay sahaja sekiranya perlu berlakon dengan dia lagi sebab saya memang tak ada masalah.

“Kalau nak mempromosikan filem itu bersama-sama pun saya sememangnya tak ada masalah,” katanya ketika ditemui usai sesi pratonton filem lakonannua berjudul Daddyku Gangster baru-baru ini.

Bagaimanapun kata Reen, dia tidak menafikan ada rasa sedikit kesal kerana pelakon itu tidak mengakui kesalahan sebaliknya menganggap insiden itu sebagai sebahagian babak dalam lakonan.

“Saya ada mesej dia secara personal dan berikan video itu sebagai bukti yang menunjukkan saya benar-benar sakit dan tidak bermaksud mahu kurang ajar.

“Tetapi dia tak mengaku dan beritahu benda itu tak sakit dan tak real. Sebenarnya saya berharap selepas perbualan itu adalah feedback positif dari dia. Tapi bila dia sudah kata begitu, saya nak kata apa?

“Ketika kejadian saya memang hampir lost, sebab itu saya tertengking dia, macam buat perangai dekat rumah gaduh dengan adik beradik.

“Sebenarnya selepas saya bertenang dan mahu kembali ke set penggambaran, saya ingin meminta maaf, tetapi pada ketika itu saya lihat dia tengah marah,” jelasnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *