Uncategorized

Kec0h Stesen Tv Dapat Arahan Dari Menteri Larang Ridhuan Tee Tampil Dalam Forum Perdana, Ini Yg Berlaku Di Facebook Fahmi Fadzil

Pendakwah agama, Profesor Dr. Mohd Ridhuan Tee mendakwa beliau telah mendapat notis daripada pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang menyatakan dirinya tidak dibenarkan menjadi panelis dalam program Forum Perdana Ehwal Islam di TV1.

Dalam gambar tangkap layar perbualan di group WhatsApp itu, Ridhuan juga mendakwa, arahan itu datang dari Menteri Komunikasi dan Digital, selain mengatakan forum tersebut telah dibatalkan.

“Baru dapat notis dari RTM. Saya tak dibenarkan keluar TV1. Arahan Menteri. Forum Perdana ini batal,” katanya di dalam mesej group WhatsApp sebuah pertubuhan NGO Pintar.

Gambar tersebut turut tular di media sosial, mengundang pelbagai reaksi netizen.

Forum Perdana Ehwal Islam dijadualkan pada malam Khamis, 15 Disember 2022, yang turut memjemput seorang lagi panel iaitu, Datuk Mohd Kazim Elias dan dua moderator iaitu Ustaz Rizal Ramli dan Ustaz Nabil Ahmad.

Walau bagaimanapun, program itu tetap diteruskan tanpa kemunculan Ridhuan Tee dan digantikan dengan Ustaz Harryanto Rizal Rokman.

Sementara itu di media sosial, pelbagai andaian dan spekulasi mula hangat diperkatakan. Ada netizen percaya Ridhuan Tee tidak dibenarkan muncul di program tv disebabkan sikapnya yang terlalu lantang bersuara dan memuat naik hantaran-hantaran di media sosial yang ditujukan terhadap pihak kerajaan.

Selain itu, Ridhuan Tee juga didapati berkempen untuk parti Pas yang juga merupakan parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN), pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

Setakat ini, tiada sebarang kenyataan balas daripada pejabat Menteri Komunikasi dan Digital, mahupun RTM mengenai dakwaan Ridhuan Tee.

Ramai Netizan Mula ‘Berkampung’ Di Facebook Fahmi Fadzil

Namun di ruangan komen Facebook Fahmi Fadzil mula dibanjiri dengan pertanyaan netizen mengenai kesahihan dakwaan pendakwah agama berkenaan.

Kebebasan media antara komitmen Kerajaan Perpaduan – Fahmi Fadzil

Kebebasan media menjadi antara komitmen Kerajaan Perpaduan dalam memastikan proses semak dan imbang kerajaan berjalan baik, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Fahmi berkata penubuhan Majlis Media Malaysia mungkin menjadi antara kaedah bagi merealisasikan matlamat itu.

“Saya sendiri sebagai menteri terbuka untuk meneliti perkara ini (penubuhan Majlis Media Malaysia), tetapi semestinya ia perlu persetujuan di peringkat Jemaah Menteri.

Berikan sedikit masa, kita akan teliti,” katanya selepas menghadiri taklimat dan lawatan kerja ke Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital Datuk Seri Mohammad Mentek serta pengurusan Bernama iaitu Pengerusinya Senator Datuk Ras Adiba Radzi dan Ketua Pegawai Eksekutif Roslan Ariffin.

Timbalan Ketua Pengarang, Perkhidmatan Berita Antarabangsa yang juga menanggung tugas sebagai Ketua Pengarang, Jamaluddin Muhammad dan Editor Eksekutif yang juga menanggung tugas sebagai Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita, Harlina Samson turut hadir.

Fahmi berkata setakat ini cadangan penubuhan Majlis Media itu masih belum dibincangkan dalam Jemaah Menteri dan akan memaklumkan perkembangan sekiranya telah mencapai sebarang keputusan.

Pada 5 Dis, Fahmi berkata beliau perlu mendapatkan perincian berhubung cadangan penubuhan Majlis Media Malaysia daripada pemain industri media khususnya persatuan wartawan, selain memberi jaminan kebebasan media akan diberi keutamaan termasuk aspek kebajikan pengamal media di negara ini.

Cadangan penubuhan Majlis Media Malaysia disuarakan peserta Wacana Hari Wartawan Nasional (Hawana) pada 2018 yang mewakili pelbagai pertubuhan media di seluruh negara.

Sementara itu, Fahmi berkata beliau akan mendapatkan maklumat tambahan mengenai Belanjawan 2023 bagi Kementerian Komunikasi dan Digital yang dijangka dibentang akhir suku pertama tahun depan.

Mengenai lawatannya ke Bernama, Fahmi berkata beliau akan meneliti beberapa isu yang dibangkitkan termasuk sambutan Hawana 2023.

Pada lawatan itu, Fahmi turut dibawa melawat ke Bahagian Digital Media Bernama dan diberikan penerangan mengenai pengoperasiannya.

“Saya gembira melihat Bahagian Digital Media Bernama yang bagi saya mungkin salah satu konsep masa depan melibatkan ruang informasi bukan sahaja digital tetapi pertempuran antara maklumat yang benar dan palsu,” katanya.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *