Uncategorized

“Kenapa Begitu Benak” – Dituduh Tak Basuh Baju Kotor Anak Tiri, Ini Reaksi Pedas Izreen Azminda

Gara-gara baju kotor anak, pelakon Izreen Azminda dan suaminya Ude Wahid bertekak dengan netizen di media sosial. Iyalah, siapa yang tak berang kalau tiba-tiba dituduh sembarangan hanya kerana sekeping gambar.

Difahamkan, Izreen terpaksa menjelaskan mengenai baju kotor yang dimasukkan ke dalam luggage kerana ada netizen menuduhnya tak cuci baju sebelum anak-anak dihantar kepada ibunya, Intan Salleh.

Kata pelakon berasal dari Perlis ini, baju kotor itu adalah pakaian yang dipakai pada siang hari di mana dia tak sempat nak basuh. Sementara baju yang dipakai pada hari-hari lain sudah dicuci bersih.

Selain Izreen, suaminya Ude turut memberikan respon kepada isu yang dibangkitkan netizen itu. Kata pemuzik ini, netizen tak menggunakan otak dengan baik sebab itulah ada segelintir netizen berperangai sebegitu.

Bersetuju dengan pendapat suaminya, Izreen berkata dari dulu lagi ada je netizen yang bersikap ‘palatao’ sehingga orang lain turut terpedaya.

Aduh macam-macam hal, baju kotor pun boleh jadi isu sampai Izreen kena terangkan satu per satu.

Kredit: Instagram Izreen Azminda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *