Kerajaan barru putuskan tamatkan khidmat penjawat lantikan politik, sekali TPM umum Ahmad Jazlan dilantik semula pengerusi Felcra

emaah Menteri dikatakan sudah memutuskan bahawa pengerusi dan ahli lembaga pengarah lantikan politik ditamatkan perkhidmatan dengan serta merta.

Sumber berkata, ia membabitkan jawatan berkenaan di badan berkanun Persekutuan, syarikat menteri kewangan (Diperbadankan), syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan.

Difahamkan perkara itu diputuskan dalam dokumen yang ditandatangani Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan ditujukan kepada Ketua-ketua Setiausaha Kementerian.

Surat berkenaan yang dilihat BH turut meminta kerjasama semua Ketua-ketua Setiausaha Kementerian berkenaan untuk melaksanakan perkara berkenaan.

Ahli Persatuan PTD diminta kekal profesional

Sebelum ini, pemimpin Pakatan Harapan (PH) mengkritik kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini yang melantik Ahli Parlimen Parit ketika itu, Datuk Mohd Nizar Zakaria, sebagai Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

Perdana Menteri ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dikritik teruk oleh PH yang dikatakan membuat tindakan terdesak berkenaan bagi mendapatkan sokongan daripada Ahli Parlimen UMNO dan PAS dengan menawarkan jawatan berkenaan.

Ini bukan kali pertama pertukaran pentadbiran Persekutuan mengambil tindakan berkenaan apabila pemegang jawatan lantikan politik ditamatkan ketika kerajaan PH mentadbir pada 2018.

Menurut sumber itu, keputusan penamatan jawatan lantikan politik dibuat selepas perbincangan panjang lebar dan ada menteri yang mengakui ada sebahagian lantikan berkenaan yang cekap laksanakan tugas. Justeru, isu yang hendak diambil perhatian ialah bagaimana menentukan mereka yang cekap dan yang tidak berfungsi.

“Akhirnya keputusan dibuat secara menyeluruh iaitu ditamatkan semua khidmat lantikan politik,” katanya.

Ahmad Jazlan dilantik semula pengerusi Felcra

Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan pelantikan semula bekas Ahli Parlimen Machang Ahmad Jazlan Yaakub sebagai Pengerusi Felcra.

Zahid berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira kehendak perwakilan Koperasi Peserta-Peserta Malaysia Berhad.

Beliau berkata, biarpun Jemaah Menteri memutuskan supaya semua jawatan politik dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ditamatkan, atas kehendak ahli koperasi itu, pertimbangan bagi lantikan semula itu diberikan.

“Saya tak boleh untuk tak setuju untuk memberikan kepercayaan semula kepada (Datuk) Ahmad Jazlan. Dengan ini saya mengarahkan ketua setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (Datuk Ramlan Harun) untuk mengeluarkan surat pelantikan semula dengan sesegera yang mungkin, tertakluk kepada persetujuan menteri kemajuan desa dan wilayah.

“Menteri sudah bersetuju atas arahan timbalan perdana menteri. Tidak mustahilah Datuk KSU segera menyempurnakan lantikan semula itu,” katanya menurut Berita Harian.

Felcra Berhad pada 3 Okt tahun lalu mengumumkan pelantikan Jazlan sebagai pengerusi baharunya.

Lembaga Pengarah Felcra Berhad berkata, pelantikan Jazlan, 58, adalah langkah strategik bagi memacu komitmen pengurusan tertinggi dalam menjayakan pelan transformasi dan hala tuju ke arah kelestarian syarikat.

Khamis lalu, Ketua Setiausaha Negara, Zuki Ali, mengeluarkan pekeliling kepada ketua setiausaha setiap kementerian mengatakan Jemaah Menteri telah bersetuju dengan penamatan serta-merta kontrak lantikan politik.

Menerusi surat berkenaan, penamatan itu membabitkan jawatan bagi badan berkanun persekutuan, syarikat menteri kewangan (diperbadan), syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC).

Ahmad Jazlan Yaakub

Berikut reaksi netizan

MGNews: Zahid Arah Pelantikan Semula Pengerusi Felcra Dipercepat

kredit: https://malaysiagazette.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *