Uncategorized

‘Kondem’ Buat Pembedahan Bariatrik, Ini Yg Sherry Cakap Buat Aishah Bengang

Penyanyi Dato Aishah meluahkan rasa bengang apabila terdapat segelintir pihak dan selebriti, Sherry Alhadad mengkritik tindakannya melakukan pembedahan bariatrik.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Aishah berkata perkataan ‘jalan mudah’ yang digunakan oleh pengacara itu membuatkan dirinya terluka. Katanya, pembedahan tersebut adalah jalan terakhir dan bukan boleh dibuat saja-saja.

“Salam. Saya terpanggil buat video ni. Tak sedap la bila ada orang kondem pembedahan bariatrik. Satu fakta yang awak sebut buat kami semua terluka adalah jalan mudah. Bila buat bariatrik ni merupakan jalan terakhir.

“Ada di antara kami yang mempunyai masalah kesihatan. You jangan pukul rata. Kami buat sebab medical reason bukan kosmetik. Korang tak tahu mungkin artis ada penyakit hernia dan gastrik. Jangan ingat buat ni saja-saja, macam buat botox, bukan,” katanya.

Aishah turut menegur pengacara itu tidak membuat fitn4h mengenai pembedahan tersebut. Katanya lagi, dia tidak kisah jika mana-mana individu mahu menjual produk kurus mereka namun jangan perlekeh keputusan orang yang menjalani pembedahan bariatrik.

“Risiko dia sama dengan pembedahan lain. Jangan ingat i tak takut. Bila kita dah fighting mengenai berat badan. Saya dah try semua. Dia turun sikit kemudian naik balik. Pernah dalam tempoh sebulan berat saya tak turun pun walaupun 1 kilogram.

“Rasa dah putus asa. Lutut saya sakit. Saya jalan dekat Eropah pun sakit. Sakit tu minta ampun tak boleh bawa bincang. Gula semua dah tak betul dan kolestrol tinggi tu dah berapa kali kena remove,”jelasnya.

Dalam pada itu, Aishah berkata dia tidak mahu menyusahkan anak-anak sekiranya jatuh sakit kelak dan disebabkan itu dia membuat keputusa untuk melakukan pembedahan bariatrik atau turut dikenali pemotongan usus.

Sebelum ini, Sherry ada memuat naik video mengatakan dia tidak melakukan pembedahan bariatrik sebaliknya mengamalkan produk yang membuatkannya berjaya menurunkan berat badan.

kredit:rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *