Uncategorized

Lama Berdiam Diri, Syamsul Mahu S4man Pihak Ini 10 Juta

PENGARAH Syamsul Yusof mendedahkan bakal mengambil tindakan saman berjumlah RM10 juta terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Syamsul, 38, berkata, tindakan itu adalah disebabkan badan tersebut didakwa membongkar maklumat peribadi yang dianggap sebagai satu fitnah terhadap dirinya.

“Saya sudah berbincang dengan peguam saya. Kami akan saman Jawi sebanyak RM10 juta kerana kenyataan fitnah terhadap saya.
Syamsul dakwa maklumat peribadi tersebar.

“Jawi telah memberikan maklumat tidak benar kepada ahli keluarga saya sedangkan ia tidak benar,” katanya kepada mStar.
Bagaimanapun Syamsul enggan menjelaskan secara terperinci tentang maklumat yang dimaksudkan.

Dalam pada itu, Syamsul berkata, dia turut akan mengambil tindakan susulan berhubung perkara itu dan dia sendiri bakal memaklumkan mengenainya dalam masa terdekat.

“Setakat ini itu sahaja. Selanjutnya saya akan maklumkan kemudian,” jelasnya.

Dipercayai dokumen tersebut mempunyai kaitan dengan kemelut rumah tangga Syamsul dan isteri, Puteri Sarah Liyana yang turut melibatkan orang ketiga iaitu Ira Kazar.

Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5 dan Summayah, 3 tahun.

kredit:mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *