Pelakon Aeril Zafrel cukup terkenal dengan kandungan-kandungan yang dikongsikan di platform media sosial miliknya.
Jika tidak di Instagram, Aeril akan berkongsi video di TikTok dan dalam masa sama aktif juga menciap pandangan-pandangan lucu di Twitter.
Justeru, ramai dalam kalangan peminat tertanya adakah dia kini lebih memberi fokus pada kandungan digital media sosial berbanding karier lakonan?
Menjawab persoalan itu, Aeril yang ditemui pada acara Viu Upfront 2023 yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur baru-baru ini berkata, dia sama sekali tidak melupakan bidang lakonan.

Menurut Aeril, dia dilihat kurang aktif muncul di layar kaca dan juga perak kerana sibuk mengelolakan bisnes dengan isteri tersayang.
“Tahun ini saya hanya berlakon sekali sahaja… itu pun untuk sebuah stesen televisyen swasta. Bukan tidak mahu aktif cuma saya perlu lihat jalan ceritanya.
“Bukan nak kata saya bagus, tapi saya pun ada hak untuk memilih. Tambahan pula, saya memang ada rumah produksi sendiri, jadi buat masa ini saya tidak akan berhenti daripada bidang lakonan,” katanya kepada Gempak.
Berkenaan dengan kekerapannya berkongsi kandungan di media sosial, Aeril berkata, kebanyakan perkongsian yang dilakukan adalah atas tuntutan bisnesnya.
“Kalau tengok balik, saya tidaklah seaktif mana. Saya ada perniagaan… disebabkan hal itu, saya perlu juga berkongsi kandungan bagi mengikut trend.
“Dalam bahasa TikTok, kita nak masuk FYP lah. Jadi, mahu atau tidak kita perlu lihat apa yang trending, tidak boleh buat kandungan syok sendiri,” katanya lagi.
SUMBER:GMPK
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.