Lepas Dicop ‘Mengungkit’, Ini Tindakan Abang Viva. Siap Bawa Isteri Sekali

Jika sebut nama Abang Viva pastinya ramai sedia maklum dengan kesanggupan dirinya membantu mangsa-mangsa banjir akhir tahun 2021 dengan bermodalkan RM50 dan kereta Vivanya sahaja malah namanya kerap ‘diseru’ setiap kali negara dilanda bencana tersebut.

Ramai kecam, kata mengungkit

Walau bagaimanapun, kejadian banjir di Pantai Timur sejak hujung minggu lalu telah menyebabkan Abang Viva atau nama sebenarnya, Azwan Omar dikecam orang ramai selepas dikatakan tidak lagi berada di kawasan banjir.

Pun begitu, Azwan menjelaskan bahawa dia tidak menerima sebarang elaun untuk membantu mangsa-mangsa banjir malah terpaksa menanggung sendiri kos perjalanannya untuk ke kawasan yang dinaiki air sehingga mencecah RM1,000.

Di TikTok, salah seorang pengguna aplikasi itu memuat naik beberapa gambar yang memaparkan Azwan tiba di Setiu, Terengganu untuk membantu mangsa-mangsa banjir yang terperangkap.

Siap bawa isteri sekali

Malah, difahamkan juga bahawa Azwan berada di Setiu itu bersama dengan isterinya untuk membantu penduduk di sana daripada terus terperangkap sementara menunggu bantuan untuk tiba.

Azwan yang tiba di sana sekitar jam 5 petang semalam dengan kereta pacuan empat roda, dilihat turut memantau kawasan sekeliling untuk mengenal pasti paras air sebelum memulakan bantuan.

Di bahagian komen, rata-rata warganet berterima kasih kepada Azwan kerana masih sudi untuk membantu mangsa banjir terutamanya di kawasan Pantai Timur walaupun menelan kos yang banyak.

Terima kasih Abang Viva. Semoga dimurahkan rezeki dan dimudahkan urusan.

Bukan senang nak ikhlaskan diri bantu orang. Tapi Abang Viva selamba turun tempat banjir. Semoga Allah gandakan rezeki abang ya.

Sumber: TikTok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *