Uncategorized

“Main Padang La Bos, Takkan Tenung Rumput Je”-Status Terbaru MB Kedah Tarik Perhatian Ramai

Bekas Presiden Pasukan Kedah Darul Aman FC, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mencuri perhatian para penyokong bola sepak tanah air baru-baru ini.

Beliau yang kini menjadi Menteri Besar Kedah memuat naik satu hantaran di laman tiktoknya yang memaparkan aksinya di atas padang.

Sanusi yang sememangnya terkenal dengan pelbagai penglibatan termasuklah sentiasa menyerikan perlawanan bola sepak di sana.

Namun begitu, hantaran beliau tersebut kembali mencuri perhatian apabila caption gambarnya menjadi tanda tanya.

“Terus main padang la bos, takkan nak tenung rumput padang je,” jelasnya.

Sanusi telah memacu pelbagai kejayaan kepada pasukan Kedah setelah memegang tampuk pemerintahannya beberapa musim terus aktif bergiat dalam arena sukan bola sepak tanah air.

‘Kreativiti Luar Biasa’ – Hannah Yeoh Tak Ambil Hati Netizen ‘Edit’ Gambar, Kemain Siap Dengan Cristiano Ronaldo

Baru-baru ini, Menteri Belia & Sukan iaitu Hannah Yeoh membuat lawatan ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk meneliti dan meninjau sendiri keadaan padang itu.

Artikel Berkaitan: ‘Gantikan Yang Lama Dengan Yang Ini’ – Syed Saddiq Balas Dendam, Tunjuk ‘Taring’ Sebenar Main Badminton

‘Turun padang’ bersama Adam Adli

Menerusi hantaran di Twitter, Hannah bersama Timbalan Menteri Belia & Sukan, Adam Adli turun padang untuk mendengar taklimat daripada agensi Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Selain itu, Hannah dan Adam turut melihat secara dekat keadaan padang di stadium berkenaan.

Namun, apa yang mencuri perhatian warganet adalah gambar Hannah bersama Adam yang disunting oleh netizen menjadi meme kelakar sehingga menghiburkan pengguna media sosial yang lain.

‘Belia Malaysia ni sangat kreatif’

Sedar bahawa gambarnya tular di media sosial, Hannah langsung tidak terasa hati malah memuji kreativiti netizen yang sanggup menyunting gambarnya.

Belia Malaysia ini sangat kreatif buat memes gambar saya dan juga Adam Adli melawat Stadium Nasional Bukit Jalil meneliti keadaan padang di sana. Tak apa kami sporting. Kreativiti luar biasa.

Bukan itu saja, ada juga yang ‘gigih’ dengan meletakkan dirinya bersama beberapa figura terkenal dunia seperti pemain bola sepak, Cristiano Ronaldo, Michael Jackson dan Stephen Chow.

Sikap bersahaja Hannah juga menjadi bualan netizen kerana tidak cepat melatah walaupun gambarnya dijadikan bahan lawak netizen di media sosial.

‘Kes saman itu hal peribadi, antara Anwar dengan Sanusi’ 

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan isu saman antara beliau dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah hal peribadi yang tidak akan menjejaskan hubungan antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

Katanya, beliau sedia berhadapan dengan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu di mahkamah namun, tidak menjadikan ia asbab hubungan kerajaan negeri dan Pusat menjadi renggang.

“Kes saman itu antara Anwar Ibrahim dengan Sanusi, sana kerajaan Malaysia sini kerajaan negeri. Kes saman tidaklah merenggangkan hubungan kerajaan negeri dan pusat.

“Jadi saya tidak meletakkan itu sebagai satu asbab kepada punca pemisahan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Anugerah Sastera Darul Aman (Asda) 2022 di Ibu Pejabat Mada di sini, malam tadi.

Muhammad Sanusi yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah menyifatkan suatu tindakan tidak profesional sekiranya Anwar menggunakan isu terbabit untuk menganaktirikan Kedah.

“Tak perlu, itu hal dia dan saya, kalau dia ambil hal itu untuk menganaktirikan kita, saya rasa dia ‘koyak’ la. Panas tak pa, jangan koyak,” selorohnya.

Kelmarin, Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun dilapor memfailkan saman terhadap Muhammad Sanusi berhubung ucapan berbaur fitnah dalam satu kempen ceramah ‘Jelajah PN Best Tambun’.

Anwar, 75, yang juga plaintif memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Alor Setar, Kedah dengan menamakan Muhammad Sanusi, 48, sebagai defendan tunggal.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, Anwar mendakwa pada 13 November lalu, Muhammad Sanusi telah memberi ucapan pilihan raya pada ceramah itu sebagai menyokong calon PN bagi Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dengan ratusan pengunjung menghadiri ceramah itu.

Dakwa Anwar, ucapan dalam ceramah itu telah diterbitkan atau menyebabkan penerbitan semula dan disiarkan secara siaran langsung di aplikasi Facebook di bawah nama “Faizal Azumu” yang mendapat tontonan melebihi 88,000 kali, 531 reaksi, 58 kali perkongsian dan 384 komen, setakat tarikh pemfailan saman itu.

Sumber: Twitter @hannahyeoh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *