Uncategorized

Mbappe hatrik tapi Pemain ini yang bawa pulang Piala Dunia! Kemarau 36 tahun berakhir

LIONEL MESSI berjaya membawa Argentina menjulang Piala Dunia dalam perlawanan akhir paling mendebarkan menentang Perancis, meskipun hatrik Kylian Mbappe menakjubkan.

Menerusi jaringan gol keduanya pada minit ke-108 masa tambahan, Messi mencetuskan huru-hara di Qatar sebelum Mbappe kembali menyamakan kedudukan 3-3 ketika penalti kedua yang berpunca daripada bola terkena siku Montiel dalam kotak penalti pada minit ke-116.

Menyifatkan perlawanan akhir Piala Dunia ini sebagai drama yang penuh dengan aksi debaran, Argentina terus memburu kemenangan gemilang apabila barisan pemain bagi sepakan penalti melancarkan ‘serangan’.

Jaringan gol kedua yang dilakukan Messi mendahului kedudukan ketika menentang Perancis.

Sebagai kapten dan pemain terbaik negara, Messi menjaringkan gol pertama dari sepakan penalti dan memainkan peranan dalam detik cemerlang Angel Di Maria.

Nasib semakin menyebelahi mereka apabila dua sepakan pemain Perancis berjaya dihalang memasuki gawang gol.

Keputusan kemudian berakhir dengan 4-2 dengan Argentina berjaya menewaskan Perancis menerusi sepakan penalti sekali gus menamatkan kemarau 36 tahunnya. – The Sun

Argentina vs France Final ALL Goals and Highlights | Fifa World Cup 2022 Qatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *