Mesyuarat MKT: UMNO akhirnya pecat tiga ahli. Jawatan mereka bukan biasa2

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini memutuskan untuk memecat tiga ahlinya, seorang ketua bahagian dan dua ketua wanita bahagian.

Perkara itu dimaklumkan Ahli MKT, Datuk Mohd Puad Zarkashi ketika ditemui media di Menara Dato’ Onn di sini, selepas mesyuarat tersebut selesai.

“Ada beberapa keputusan telah dibuat dan saya rasa akan ada sidang media untuk memaklumkan siapa dipecat.

“Mereka dipecat daripada ahli UMNO… mereka bukan ahli MKT… ada yang ketua bahagian.
“Tiga orang dipecat. Dua ketua wanita bahagian, satu ketua bahagian,” katanya ketika ditemui di lobi Menara Dato’ Onn.

Menurutnya, antara punca utama mereka dipecat ialah kerana mencemuh parti dan juga berkempen untuk parti lain ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Begitupun, beliau tidak mendedahkan sebarang nama atau bahagian tiga ahli yang dipecat itu.

“Presiden agak tegas dan tidak akan berkompromi dengan mereka yang suka burukkan parti, termasuk bocorkan rahsia MKT,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan mesyuarat pada malam ini turut membincangkan isu dana RM600 bilion melibatkan kerajaan terdahulu.

“Ada bincang isu RM600 bilion. Itu kita serah kepada Perdana Menteri untuk meneruskan siasatan.

“Kita yakin ia perlu disiasat supaya tiada pihak (seleweng)… mereka katakan bersih tapi sebenarnya banyak perkara rakyat tidak tahu berlaku

“Harap siasatan ini dibuat secara terperinci dan menyeluruh,” ujarnya.

Rosmah turut hadir mesyuarat MKT UMNO malam ini

Datin Seri Rosmah Mansor yang juga isteri kepada kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat hadir pada Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini.

Beliau tiba di pekarangan Menara Dato Onn diringi seorang wanita yang dipercayai pegawai pengiringinya.

Kehadiran beliau menimbulkan pelbagai tanda tanya dalam kalangan media yang berkumpul di pekarangan bangunan tersebut sejak pukul 7 malam.

Bagaimanapun usaha pihak media untuk cuba menemubual Rosmah gagal dan dihalang oleh pegawai pengiringnya sambil tidak membenarkan gambarnya dirakam.

Difahamkan, Rosmah akan mengadakan pertemuan dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mempengerusikan mesyuarat MKT ketika ini.

KUALA LUMPUR 8 Disember — Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika hadir mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO di Menara Dato’ Onn malam ini. Turut bersama Timbalan Presiden yang juga Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan. Foto – MediaUMNO

kredit:astroawani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *