Amalan

Muhyiddin Tak Takut Disiasat, Dakwaan Berkait Seleweng RM600 Bilion, Sekali Ustazah Asma Masuk Komen

PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau tidak takut disiasat berhubung dakwaan kerajaan pimpinannya sebelum ini membelanjakan RM530 bilion.

Muhyiddin yakin Kementerian Kewangan khususnya Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) mempunyai perincian mengenai perbelanjaan bagi lapan pakej rangsangan diperkenalkan semasa beliau perdana menteri.

“Jika terdapat salah laku rasuah atau penyelewengan, tindakan undang-undang boleh diambil terhadap si pelaku,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, daripada keseluruhan RM530 billion itu, sebahagian besar adalah berbentuk non-fiskal, iaitu tidak melibatkan perbelanjaan kerajaan.

“Ini termasuk pengeluaran KWSP i-Lestari, i-Sinar, i-Citra bernilai RM145 billion, pengurangan pembayaran KWSP bernilai RM10 bilion, moratorium bayaran pinjaman bank untuk individu dan syarikat bernilai RM180 bilion, jaminan kerajaan untuk pinjaman syarikat bernilai RM80 bilion dan inisiatif lain bertujuan meringankan beban ditanggung oleh individu dan perniagaan.

“Tak mungkin saya seleweng wang ini kerana ia adalah wang individu atau bank yang tidak melibatkan perbelanjaan kerajaan. Saya sebagai perdana menteri ketika itu tidak ada apa-apa kuasa ke atas penggunaan wang ini,” katanya.

Muhyiddin berkata, laporan Kementerian Kewangan pada 29 Jun 2021 menunjukkan jumlah suntikan fiskal yang dibelanjakan oleh kerajaan adalah RM83 billion. Ia digunakan untuk membeli vaksin Covid-19 sebanyak RM5 bilion dan bantuan kewangan terus untuk rakyat.

“(Ia) termasuk subsidi upah bernilai RM20.92 bilion, Bantuan Prihatin Nasional bernilai RM18.2 bilion, Geran Khas Prihatin bernilai RM4.21 bilion, Geran Khas Prihatin Permai bernilai RM842,000,000, Skim Pembiayaan Mudah Bumiputera bernilai RM500,000,000 dan bantuan lain dimasukkan terus ke akaun penerima yang layak,” katanya.

Jabatan Audit Negara tahu

Beliau berkata, jika terdapat satu sen daripada jumlah itu dimasukkan ke akaunnya, Jabatan Audit Negara (JAN) akan mengetahui dalam audit tahunannya manakala Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan mendedahkannya di parlimen.

“Tak mungkin JAN atau PAC terlepas pandang. Ini bukan perkara kecil. Ia perkara besar,” katanya.

Kenyataan Muhyiddin hadir sebagai respons gesaan pihak tertentu untuk menyiasat perbelanjaan kira-kira RM600 bilion ketika pemerintahannya sebelum ini.

Semalam, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Isham Jalil menyokong penuh cadangan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan perbelanjaan hampir RM600 bilion ketika kerajaan diterajui Muhyiddin Yassin.

Sementara itu, Muhyiddin yang juga pengerusi Perikatan Nasional (PN) mengingatkan ahli politik daripada Pakatan Harapan (PH) dan Umno berhenti menuding jari demi menutup kelemahan kerajaan baharu yang belum mempunyai idea menyelesaikan masalah rakyat.

“Awak dah jadi kerajaan, bertindak seperti kerajaan. Sudah-sudahlah bermain wayang politik kerana rakyat mahu lihat apa perancangan kerajaan untuk mereka” katanya.

Ustazah Asma Masuk Komen

“Bila saya scroll komentar disini, saya lihat ada banyak pengakuan jujur ikhlas para penerima bantuan sepanjang pandemik, rupanya banyak bentuk dan banyak jumlah, bahkan ada yang melebihi 5k – 10k. Kenyataan sebegini jarang kita dapat baca melainkan ada yang sudi menuliskannya. Terima kasih yang sudi share pengalaman struggle anda melalui ujian pandemik.  semoga kehidupan dah kembali stabil dan rezeki bertambah subur dengan barakah..” komen Ustazah Asma di posting bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin

Setakat artikal ini di tulis, penjelasan dari Muhyiddin Yassin tersebut mendapat hampri 40 ribu tanda suka dan 3800 perkongsian dari netizan

Penubuhan RCI siasat dana RM600 bilion, kerajaan serah kepada Jemaah Kabinet – Anwar

Kerajaan menyerahkan kepada Jemaah Menteri untuk menilai keperluan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan perbelanjaan hampir RM600 bilion ketika pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, setakat ini cadangan berkenaan belum dibawa dan dibincangkan oleh Kabinet.
“Tapi setakat saya tahu dan diberi makluman oleh pegawai, ada beberapa pelanggaran serius terutama bila luluskan beberapa projek, jadi ‘mark up’ terlalu tinggi dan dana itu sampai kepada parti tertentu yang memperlihatkan keupayaan mereka berbelanja luar biasa,” katanya dalam sidang media di Perdana Putra di sini hari ini.

Sebelum itu, Perdana Menteri mempengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet pertama.
Mengulas lanjut, Anwar berkata beliau secara peribadi tidak cenderung untuk menumpukan terlalu banyak terhadap perkara lama, sebaliknya mahu menumpukan kepada pengurusan ekonomi dan meningkatkan keyakinan pelabur.

“Sekarang ini nampak sambutan sangat baik, ramai yang minta mahu temu janji (dengan saya) daripada syarikat pelaburan India, China, Amerika Syarikat dan Eropah untuk minggu akan datang.

“Saya akan tumpu lebih banyak untuk menjana pertumbuhan ekonomi dan esok pagi saya akan ke Kementerian Kewangan (MoF),” tambah beliau.

Sebelum ini, Pengarah Biro Mobilisasi Amanah, Sany Hamzan mendesak penubuhan RCI bagi menyiasat tujuan perbelanjaan digunakan daripada dana kecemasan RM600 bilion ketika tempoh darurat.

Sany yang juga ahli Parlimen Hulu Langat turut membuat laporan polis berkaitan isu berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur pada 30 November lalu.

Tan Sri Muhyiddin bagaimanapun menegaskan semua wang itu dibelanjakan untuk membantu rakyat.
Menurut Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu lagi, beliau tidak bimbang atau takut jika ada pihak mahu menyiasatnya kerana menurutnya semua perbelanjaan dibuat mengikut dasar perolehan yang ditetapkan.
Kontroversi mengenai penggunaan dana kecemasan berjumlah lebih RM600 bilion ketika negara berdepan pandemik COVID-19 pernah dibangkitkan bekas Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari pada 15 November lalu.

Adly dilaporkan berkata Pakatan Harapan (PH) akan menyiasat Muhyiddin jika gabungan parti itu berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Sementara pada 28 November lalu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi ciapan di Twitter berkata, perbelanjaan langsung kerajaan hanya sebanyak RM110 bilion dan peruntukan itu diluluskan di Parlimen secara sebulat suara.

kredit: astro awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *