Nash tiba-tiba sukar bergerak, dia meminta rakan-rakan dan peminat mendoakan keadaannya

Kuala Lumpur: Penyanyi, Datuk Nash, 63, meminta rakan-rakan dan peminat mendoakan keadaannya yang sukar bergerak akibat tersalah urat agar kembali pulih.

Menerusi Facebook, Nash berkata, dia baru pulang dari Sarawak semalam dan terus menghadiri jemputan kahwin anak rakannya di sini.

“Saya datang agak lewat sikit. Sebelah malam pula ada lagi satu jemputan kahwin Aizat di Bandar Sungai Long, Kajang. Itu yang macam nak cepat-cepat siap.

“Tiba kat rumah dah nak masuk waktu Maghrib. Saya pun ambik wuduk sambil berdiri dan bila membongkok nak basuh lengan tangan, pinggang saya terus tersentap dan terus tak boleh berdiri tegak.

“Sakitnya Allah sahaja yang tahu. Seluruh badan saya ‘cramp’ (kejang), kaki tak boleh gerak. Panggil anak saya untuk bantu saya berjalan. Solat Maghrib terpaksa guna kerusi,” tulisnya.

Menurutnya, sebaik selesai solat, dia meminta anak dan menantu menghantarnya ke sebuah pusat perubatan di Shah Alam.

“Doktor terus bagi suntikan supaya saya rasa lega. Sekarang ini masih sakit, jalan macam orang umur 90 tahun. Allahuakhbar, doakan saya cepat sembuh ya. Banyak lagi tugasan yg belum selesai. Amin,” katanya.

Datuk Nash ketika di hospital.

Berikut adalah Biodata Profail dan Latar Belakang Nash @ Datuk Nashrudin bin Hj Elias yang telah di kemaskini pada 22 Apr 2021.

Dato’ Nashrudin Elias (lahir 4 Oktober 1959) atau lebih dikenali sebagai Nash adalah seorang penyanyi rock yang popular di Malaysia. Beliau merupakan bekas vokalis bagi Kumpulan Step Closer dan Lefthanded. Datuk Nash telah dianugerahkan Darjah Jaksa Naning Melaka (D.J.N.M), dari Kerajaan Naning, yang membawa gelaran Datuk, Beliau menerima Darjah Kebesaran sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Orang Kaya Seri Raja Merah Datuk Undang Naning ke-21 di Melaka pada 8 Mei 2014.

Beliau pernah berkahwin dengan Hayati Mohd Yusuf dan mempunyai empat orang anak iaitu Fareena Nasha (sudah berumahtangga dan mempunyai dua anak), Najeeha Nasha, Mohamed Shameer Nasha dan Jasmen Hanis Nasha. Bagaimanapun jodoh mereka tidak panjang apabila berpisah pada tahun 1998.

Pada 16 November 2006 beliau berkahwin dengan Sosilawati Lawiya, seorang pengusaha produk kecantikan terkenal tetapi berpisah pada 2009.

Beliau juga merupakan bekas YDP PIBG Sekolah Menengah Seksyen 7, Shah Alam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *