Nama Aida Khalida bukan lagi asing dalam industri seni tanah air. Berpuluh-puluh tahun menjadi anak seni, bakat lakonan pelakon veteran tersebut masih diiktiraf dan menerima banyak tawaran sampai ke hari ini. Siapa sangka, dalam usia lewat 60an namanya tetap utuh di persada seni.
Sinonim menjayakan watak ibu, Aida Khalida atau nama sebenarnya Khalidah Adibah Ahmad meniti usia 65 tahun. Cukup berdisiplin dalam karier, Aida bukan hanya ibu kepada dua anak malah sudah pun bergelar nenek kepada lima orang cucu.
Tidak menjadikan hidup solo tanpa suami sebagai kekurangan, jadual harian Aida tidak hanya diisi dengan tugas di set penggambaran. Bahkan jika tiada shooting, aktres ini selesa mengisi masa dengan membaca Al-Quran atau menghadiri majlis ilmu.
Apa yang pasti, penghijrahan Aida ke arah kebaikan sekitar tahun 2008 banyak mengubah gaya hidupnya hari ini. Dalam usia 65 tahun, keanggunan Aida tetap terserlah dan cantik dalam kelas tersendiri. Paling penting tanpa botox atau pemb3dahan muka.
Meski jelas kelihatan kedutan halus di raut wajah, pesona dan aura Aida tidak pernah luntur. Berkongsi amalan kecantikan, Aida menerusi sebuah portal mend3dahkan dia menitikberatkan soal pemakanan.
Saya kurangkan makan. Kadang-kadang berselera cuma saya pastikan makan dalam portion yang kecil lebih kurang satu senduk nasi saja dan akan makan ulang-ulang (bila lapar).
Saya juga banyakkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Malah setiap kali lepas makan, saya amalkan minuman detoks. Dua sudu besar apple cider dicampur dengan segelas air.”
Seiring pertambahan usia, Aida turut melakukan rutin senaman seperti sit up dan push up dalam tiga kali seminggu. Selain brisk walk demi menjaga kecergasan tubuh badan.

Nenek Lima Cucu
Tidak menjadikan hidup solo tanpa suami sebagai kekurangan, jadual harian Aida tidak hanya diisi dengan tugas di set penggambaran. Bahkan jika tiada shooting, aktres ini selesa mengisi masa dengan membaca Al-Quran atau menghadiri majlis ilmu.
Apa yang pasti, penghijrahan Aida ke arah kebaikan sekitar tahun 2008 banyak mengubah gaya hidupnya hari ini. Dalam usia 65 tahun, keanggunan Aida tetap terserlah dan cantik dalam kelasnya yang tersendiri.
Meskipun bila ditatap wajahnya, jelas kelihatan kedutan halus namun pesona dan aura Aida tidak pernah luntur. Berkongsi amalan kecantikan, siapa sangka Aida yang juga merupakan nenek kepada lima orang cucu ini mendedahkan dia menitikberatkan soal pemakanan menerusi sebuah portal.
Aida Khalida, Nenek Kepada Lima Cucu Tetap Anggun. Kekal Berlakon Di Usia 65 Tahun Tarik Perhatian!
“Saya kurangkan makan. Kadang-kadang berselera cuma saya pastikan makan dalam portion yang kecil lebih kurang satu senduk nasi saja dan akan makan ulang-ulang (bila lapar).
“Saya juga banyakkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Malah setiap kali lepas makan, saya amalkan minuman detoks. Dua sudu besar apple cider dicampur dengan segelas air,” ujarnya yang turut melakukan rutin senaman seperti sit up dan push up dalam tiga kali seminggu. Selain brisk walk demi menjaga kecergasan tubuh badan.
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Terima Kasih Cinta
Menggantikan drama Wanita Milik Tuan Putra yang bakal tamat siarannya ialah siri yang turut diangkat daripada novel, Terima Kasih Cinta tulisan novelis Aisya Sofea; bakal dipersembahkan di kaca TV3 dengan membawa judul yang sama bagi menghiasi slot Akasia.
Dr Harris Ibrahim (Amar Baharin) mahu ‘move on’ selepas kematian isterinya. Pertemuan dengan Wan Raihana / An (Anna Jobling) membawa konflik dan perselisihan faham antara mereka…
Kerana marahkan Harris yang meninggalkan anak kecilnya, Yaya dan Lea sendirian di rumah, An memberitahu ibu saudaranya, Ummi (Aida Khalida) supaya jangan bantu lelaki itu lagi.
Lelaki yang bongkak dan sombong itu pula tidak perlukan bantuan An untuk menjaga anak-anaknya, malah memberi amaran kepada An agar tidak mempedulikan mereka lagi, walaupun anak kecilnya belum pandai hidup berdikari dan masih mengharapkan belas daripada An.
Bagai menjilat ludah yang telah dihamburkan, Harris sekali lagi meminta pertolongan daripada Ummi untuk menjaga dua anaknya ketika dia bekerja malam.
Sementara itu, An menolak pujukan ibunya yang mahu dia menerima lamaran daripada keluarga Ustaz Ali.
Malah Razlan (Azrel Ismail) yang bakal berkahwin dengan wanita pilihan keluarganya datang untuk menagih semula cinta An, walaupun Razlan bukan lagi pilihan hati An, kerana lelaki itu tidak pernah berani mengotakan janjinya.
An cuba mengelak daripada bertemu dengan Razlan dan Tan Sri Rashid kerana rimas mereka yang sibuk menagih cinta daripadanya.
Ketika hati An diselubungi dilema dan kerisauan dek cintanya dinanti dua orang lelaki, dia terkejut dengan lamaran Harris.
Demi anak-anaknya yang telah menjadikan An sebagai mommy, Harris datang meminang An walaupun Harris bukanlah lelaki idaman An, jauh sekali untuk bergelar suami.
An masih belum terdesak untuk menamatkan kehidupan bujangnya walaupun sudah berusia 33 tahun.
Jika cinta tidak wujud antara mereka, apa akan jadi dengan rumah tangga mereka?
Benar, cinta bukanlah segala-galanya tetapi penting dalam membina rumah tangga yang bahagia.
Bolehkah kebahagiaan menjadi miliknya jika kasih sayang datang dari Yaya dan Lea sahaja? Mampukah dia bercinta jika cinta lelaki itu hanya untuk arwah isterinya?
Adakah An hanya dijadikan pengasuh dan penjaga kepada dua anaknya? Dapatkah bahagia tercipta atas kerelaan atau paksaan?
Pelakon / Cast
Dikemudi oleh dua peranan utama yang dijayakan oleh Amar Baharin dan Anna Jobling.
Turut sama dilakonkan oleh Rita Nadira, Azrel Ismail, Wan Sharmila, Syafnida Shuhaimi, Aida Khalida, Datin Sri Noniswara, Kiky Hannah, Maryam Annisa, Azhar Amir, Faez Malek dan Danial Dashuki.
Watak Pelakon
Amar Baharin sebagai Dr Harris Ibrahim
Anna Jobling sebagai Wan Raihana / An
Rita Nadira sebagai Dr Nora
Azrel Ismail sebagai Razlan
Aida Khalida sebagai Ummi
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber:Nona