Uncategorized

Netizen Mula Panggil Anwar Ibrahim Dgn Gelaran PAPA. Tak Sangka Dia Beri Reaksi Begini

Satu ciapan pendek daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik perhatian ramai apabila meminta rakyat untuk tidak memanggilnya dengan sebarang gelaran seperti ‘papa’.

Ciapan itu memperlihatkan beliau tidak menyukai gelaran-gelaran tertentu terutama selepas beberapa Perdana Menteri terdahulu mendapat pelbagai gelaran.

Hal tersebut berlaku selepas seorang pengguna Twitter meninggalkan komen di Twitter Anwar dengan menulis “Selamat pagi papa”.

Ciapan pengguna tersebut telah manarik perhatian Ahli Parlimen Tambun itu yang kemudian meminta individu tersebut untuk tidak berbuat begitu.

“Please don’t do that (Tolong jangan buat seperti itu),” kata beliau.

Terdahulu, dua bekas Perdana Menteri sebelum ini iaitu Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggunakan panggilan untuk merapatkan lagi hubungan mereka dengan rakyat.

Muhyiddin menggelarkan dirinya Abah manakala Ismail Sabri sebagai Pak Long Mail.

Melihat reaksi pengguna media sosial terhadap respon Anwar itu, ramai yang nyata terhibur sambil berkongsikan komen-komen lucu.

“Jangan garang sangat PM-10, papa tu dah ok,” tulis Ayman_gaffur.

“Panggil papa tu ada maksud lain tu Datuk Seri (Anwar Ibrahim),” kata Maysarah98

Sumber – KOSMO! ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *