Uncategorized

Noor Kartini Baru Je Kongsi Sipi-Sipi Wajah Ameera Khan Di Mekah, Sekali Ameera Khan ‘comeback’, Foto Di Ig Dia Buat Ramai Tak Sangka

PETALING JAYA – Setelah mendiamkan diri dalam media sosial sejak Julai lalu, selebriti Ameera Khan membuat kemunculan semula apabila kembali aktif menggunakan Instagram miliknya, @littlemisskhan.

Tetapi apa yang mengejutkan, kemunculan semula Ameera menuai perhatian ramai selepas dia bertindak memuat naik foto tanpa mengenakan tudung menutupi rambutnya seperti sebelum ini.

Ramai netizen meluahkan reaksi kurang senang kerana sejak minggu lalu, Ameera mencuri tumpuan apabila mengerjakan ibadah umrah bersama ibunya, Noor Kartini.

Sejak hilang dari Instagram, foto dan video adik kepada Neelofa itu dirakam dalam keadaan dirinya menyembunyikan wajah dari lensa kamera.

PEMINAT teruja kerana Ameera Khan kembali aktif dalam Instagram selepas beberapa bulan menghilangkan

“Dalam Instagram ibu awak, beria tutup muka tetapi di sini (Instagram miliknya) tunjuk pula. Dasar raih perhatian,” ujar netizen.

“Sekejap buka, sekejap pakai. Begitulah Ameera sewaktu buka hijab dahulu pun lama berdiam. Saya suka awak tapi sedihlah begini,” luah peminat.

Dalam hantaran tersebut, Ameera berkongsi momen-momen indah semasa sambutan hari lahirnya yang ke-22 baru-baru ini.

Malah, dia turut berkongsi rasa teruja ketika mengerjakan ibadah umrah.

Kehadiran semula Ameera dalam Instagram disambut keterujaan peminat yang rata-ratanya sudah lama merindukan kemunculannya dengan perkongsian menarik dalam Instagram.

“Alhamdulillah, akhirnya awak kembali. Kami rindu awak,” kata peminat.

“Awak kembali, sudah lama tidak kelihatan. Selamat hari lahir Ameera,” tulis pengikut.

Sejak beberapa hari lalu, Ameera tampil dalam Instagram milik ibunya, Noor Kartini apabila langsung tidak menunjukkan wajahnya ketika bergambar sehingga digelar ‘wanita mahal’ oleh peminat.

Terdahulu, Ameera sering menjadi buah mulut netizen setelah menimbulkan kecelaruan ramai dengan imejnya yang bersilih ganti membuka tudung.

Noor Kartini Kongsi Sipi-Sipi Wajah Ameera Khan Di Mekah, Netizen Keliru Ingat Orang Arab – ‘LMK Jaga Pandangan Dia’

Terdahulu Adik kepada pengacara dan usahawan Neeofa iaitu Ameera Khan atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan pernah menjadi bualan hangat di media sosial apabila dia ‘menghilangkan’ diri dari Instagram (IG) nya.

Dengan Ameera Khan Di Dubai, Tengah Minum Air Pun Cantik!

Artikel Berkaitan: Dia Dalam Proses Nak Belajar Agama & Mahu Cari Haluan Diri , Neelofa Dedah Punca Ameera Khan ‘Hilang’ Dari IG

Sipi-sipi je

Baru-baru ini usahawan, Datin Noor Kartini berkongsi gambar bersama Ameera di Tanah Suci Mekah dan semestinya penampakan itu sekali lagi mencuri perhatian netizen.

Biarpun foto yang dikongsikan Noor Kartini itu hanya sipi-sipi nampak Ameera namun masih jelas terpancar wajah yang cantik itu.

‘Macam orang arab’

Menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, pelbagai respon yang ditujukan kepada Ameera. Rata-rata warganet memuji kecantikan Ameera yang sama seperti orang Arab di sana.

Selain itu, ada juga segelintir netizen yang terubat rindu untuk melihat Ameera di samping mendoakan keluarga ini mendapat umrah yang mabrur.

Sumber: Instagram @noorkartini

KOSMO! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *