Pak Ibrahim Hilang 9 hari di Mekkah. Bila Ditanya Kenapa Muka Lebam Jawapan Dia Buat Ramai Sebak

Kuala Lumpur: Jemaah umrah warga Malaysia, Ibrahim Omar atau Pak Ibrahim yang dipercayai hilang sejak hampir 10 hari, ditemukan mutawif tempatan, hari ini.

Difahamkan, Pak Ibrahim, 67, ditemui ketika duduk di tembok berhampiran hotel Makkah Tower.

Menerusi hantaran di Facebook (FB), mutawif itu, Nabil Alkhred memaklumkan Pak Ibrahim yang berasal dari Langkawi, Kedah dalam keadaan baik.

“Saya jumpa Pak Ibrahim yang hilang selama hampir 10 hari. Kasihan tengok dia ke hulu ke hilir. Syukur Pak Ibrahim sihat, cukup makan, cukup minum.

“Saya tanya tidur di mana, Pak Ibrahim jawab dia tidur di tempat burung merpati kumpul.

“Mukanya ada sikit lebam kerana tersembam di batu, tapi semuanya selamat tiada apa-apa yang cedera teruk. Syukur Alhamdulillah,” tulisnya.

Dalam hantaran sama, Nabil memberitahu perkara pertama dilakukannya sebaik berjumpa Pak Ibrahim adalah memberinya makan nasi dan minuman.

“Tetapi Pak Ibrahim tak nak makan sebab terlalu teruja akhirnya ada orang Malaysia yang tegur dia.

“Sedih rasa hati ini apabila melihat sendiri muka Pak Ibrahim. Hari-hari dia menangis sambil mencari jemaahnya (rombongan), name tag (tanda nama) serta beg sentiasa dia pakai, tapi tak jumpa juga jemaah Malaysia.

“Nak cakap Arab tak tahu, jadi Pak Ibrahim tak putus asa teruskan berjalan.. hanya berhenti bila penat, dan tidur di mana rasa nak tidur,” tulisnya.

Nabil turut memberitahu sudah memberitahu Pak Ibrahim bahawa ahli keluarga dan jemaah dalam rombongan umrahnya sudah pulang ke tanah air.

“Saya cakap Pak Ibrahim jangan risau, Pak Ibrahim pasti saya serahkan kepada pihak travel (agensi) untuk uruskan Pak Ibrahim pulang ke pangkuan keluarga tersayang.

“Terima kasih semua yang tak berhenti mendoakan beliau. Setiap langkah Pak Ibrahim akan dikira pahala Insya Allah,” katanya.

Sementara itu, anak Pak Ibrahim, Maziah yang dihubungi Harian Metro bersyukur apabila dimaklumkan bapanya ditemui dengan selamat.

Katanya, bapanya mengerjakan umrah bersama emaknya dan ibu saudara, manakala keluarga di Malaysia dimaklum kehilangan itu pada 2 Disember.

“Alhamdulillah, lega rasanya apabila nampak gambar dan video keadaan ayah sihat,” katanya.

Pak Ibrahim bertolak ke Makkah pada 26 November lalu dan sepatutnya pulang ke tanah air, semalam tetapi gagal dijejaki selepas enam hari tiba di Tanah Suci.

Kisah Pak Ibrahim mendapat perhatian ramai selepas berita kehilangannya tular di laman sosial malah mutawif dan jemaah lain yang berada di Tanah Suci turut berusaha menjejakinya.

Muka Lebam Sebab Jatuh

*الْحَمْدُ ِللهِ *

Saya jumpa Pak Ibrahim yang hilang selama hampir 10 hari,

Kesian tengok dia kehulu kehilir, syukur pak ibrahim sehat, cukup makan,cukup minum,

Saya tanya tido dimana, pak ibrahim jawab dia tido di tempat burung merpati kumpul,

Muka nya ada sikit lebam kerana tersembam di batu, tapi semuanya selamat tiada ada apa apa yang yang cedera teruk,

Syukur *الْحَمْدُ ِللهِ *

Perkara pertama bila jumpa diberi nasi & air, tetapi pak ibrahim tak nak makan sebab terlalu teruja akhir nya ada orang malaysia yang tegur dia, sedih rasa hati ini bila melihat sendiri muka pak ibrahim,

Hari hari dia menangis sambil mencari jemaah nya, name taq travel nya serta beg sentiasa dia pakai tapi tak jumpa juga jemaah malaysia, nak cakap arab tak tahu, jadi pak ibrahim tak putus asa teruskan berjalan, hanya berhenti bila penat, dan tido dimana rasa nak tido,

Bila saya bagitahu ahli keluarganya serta jemaah yang semua dah pulang ke Malaysia, saya cakap pak ibrahim jgn risau pak ibrahim pasti saya serahkan kepada pihak travel untuk uruskan pak ibrahim pulang ke pangkuan keluarga tersayang

Umur pak ibrahim 67 tahun (tak nyayuk lagi dia cakap)

Asal dari langkawi

Terima kasih semua yang tak berhenti henti mendoakan beliau,

Setiap langkah pak ibrahim akan di kira pahala insyaAllah

Saya : #mutawwifsempoi

Dari: Abeel Travel & Services

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *