Uncategorized

“Pakai Dress Ikat Belakang, Nak Duduk Pun Susah”- Ramai Perasan Benda Ni Kat Neelofa

Neelofa sekali lagi menjadi bualan selepas videonya bersama Haris Ismail menampakkan seolah-olah ada baby bump.

Dalam rakaman yang dimuat naik di TikTok, dapat disaksikan gelagat Neelofa sedang shooting dengan suaminya.

Apa yang menarik perhatian adalah dressnya yang diikat ke belakang macam baju wanita mengandung.

Dakwaan dikuatkan lagi apabila Nelofa seakan susah nak duduk semasa memberi air kepada Haris.

Antara komen:

“Biasa kalau ikat dress belakang tu ada baby”

“Nampak sangat-sangat Neelofa mengandung, tengok cara duduk pun boleh agak dah”

“Kalau tengok dari tepi bahagian pinggang dia macam ada isi.. Allahualam”

Sebelum ini ramai dah kecoh bila Neelofa berkerusi roda di Brunei.

Terdahulu Gara-gara muncul berkerusi roda, selebriti berniqab Neelofa didakwa sedang hamil anak kedua.

Spekulasi tersebut dicetuskan segelintir netizen sehingga menjadi bahan bualan hangat dalam media sosial, khususnya TikTok.

Dalam video viral tersebut, Neelofa yang memakai persalinan warna coklat muda disorong oleh suaminya, Haris Ismail ketika tiba di lapangan terbang di Brunei bagi tujuan perniagaan.

Disebabkan muncul berkerusi roda, netizen mula berteka-teki, pengacara Next To Neelofa itu tidak mampu untuk berjalan dalam jarak yang jauh kerana sedang berbadan dua.

“Mengandung lagi ke Neelofa? Kalau ya, tahniah,” komen netizen.

“Alhamdulillah Bilal bakal dapat adik,” dakwa seorang lagi pengguna TikTok.

Dalam pada itu, terdapat juga segelintir netizen yang menasihatkan agar orang ramai tidak terburu-buru membuat spekulasi tidak benar hanya kerana Neelofa berkerusi roda.

“Selalunya ada saja perempuan yang tidak larat nak jalan jauh, jadi tidak pelik pun Neelofa naik kerusi roda,” kata netizen.

Mengimbas semula, Neelofa sebelum ini merahsiakan mengenai kehamilan bayi pertamanya, Muhammad Bilal sehingga sekitar usia kandungannya mencecah lapan bulan.

Neelofa yang menamatkan zaman bujang dengan Haris pada 27 Mac 2021 dan menimang cahaya mata pertama pada 29 Januari lalu.

Neelofa berkerusi roda didakwa hamil anak kedua

Kalau betul hamil syukur, kalau sekadar buncit mohon usaha lagi. -CARI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *