Uncategorized

Penyanyi Nora Ariffin teruja pada usia 49 tahun doktor kata boleh tambah anak, sekali reaksi anak pula jadi perhatian

Penyanyi Datuk Nora Ariffin tidak berhasrat bagi menambah zuriat walaupun doktor memaklumkan dia masih boleh berbadan dua selepas setahun berkahwin dengan suami Dr Rushdi Ramli.

Menerusi satu hantaran di laman Instagram, penyanyi berusia 49 tahun itu berkata, ini kerana dia gembira dengan kehidupan yang dimiliki dengan kehadiran anak-anak dan cucu.

“Doktor kata boleh tambah lagi… Putri (anaknya) kata, No no! Tak nak.

“Cukuplah bagi dekat orang muda sahaja. Lebih best main dengan anak-anak dan cucu,” tulis Nora atau nama penuhnya Wan Norafizah Wan Ariffin.

Bakal memasuki fasa 50-an, penyanyi lagu Hanya Satu itu memilih untuk fokus terhadap amal ibadah selain menjalani kehidupan bersama suami tercinta.

“Usia 50-an lebih baik tambah amal ibadah, enjoy life, layan & support suami itu lebih baik,” kongsinya lagi.

Untuk rekod, Nora mendirikan rumah tangga dengan suaminya yang juga Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul Universiti Malaya (UM) pada Disember 2021.

Sebelum itu, dia berkahwin dengan Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat anak namun arwah suaminya meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat ser4ngan jantung.

Pada 13 Disember 2019 pula, Nora sekali lagi diduga apabila anak keduanya Muhammad Syakir Aliff meninggal dnia secara mengejut.

Sumber: OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *