Viral di media sosial apabila salah seorang peserta program hiburan All Together Now Malaysia, dikatakan biadab tatkala menjawab pertanyaan pelakon, Catriona Ross, semalam.
Wow she confident!
Di Instagram, Catriona berkongsi semula rakaman video ketika gadis yang dikenali sebagai Ika menjawab pertanyaannya dengan cara biadab. Menurut Catriona atau lebih mesra disapa sebagai Kak Kek, gadis tersebut sepatutnya menjawab dengan cara yang sopan dan bukannya berlagak seperti ‘diva’.
Menerusi rakaman video, Kak Kek bertanya kepada Ika sama ada dia selesa untuk membawakan lagu yang dinyanyikan ataupun tidak. Ternyata jawapan yang diberikan oleh Ika membuatkan Kak Kek dan kesemua juri tergaman. Gadis itu berkata, ‘dia minat lagu tersebut, kalau tak buat apa dia bawa lagu itu’. Lebih teruk, Ika turut dipercayai membuat memek muka yang kurang baik pada waktu itu.
Apa pun impian, siapa pun kita atau who we wish to become, kita jangan pernah lupa 4 perkara yang akan i sebutkan buat ingatan kita bersama. These are some notes saya guna dan hadamkan sejak mulakan karier sesudah tamat universiti.
Berikutan daripada itu, Kak Kek tampil memberi teguran dan nasihat kepada Ika agar belajar menghormati orang yang lebih berusia. Ujar Kak Kek, semua individu perlu menjaga tingkah laku serta tutur kata. Kerana setiap apa yang dikeluarkan dari mulut melambangkan siapa diri individu tersebut. Tambah Kak Kek lagi, individu berkenaan perlu tahu sifat hormat menghormati agar disenangi dan diingati.
Di samping itu, disiplin merupakan kunci utama sekiranya gadis tersebut ingin berjaya. Terakhir sekali, Catriona berharap gadis berkenaan mempunyai sifat merendah diri selalu.
Peserta dikenali sebagai Ika itu bersikap acuh tak acuh apabila ditanya Catriona sama ada dia selesa atau tidak membawakan lagu yang disampaikan ketika membuat persembahan.
Ini kerana Catriona sebelum itu memberitahu Ika dilihat nampak seperti marah dan takut ketika mengadakan persembahan.
Bagaimanapun nada jawapan diberikan peserta berkenaan disifatkan biadab apatah lagi remaja perempuan itu baharu berusia 16 tahun.
“Mestilah minat, kalau tak buat apa I bawa (sampaikan lagu),” katanya remaja itu dalam nada sinis.
Catriona yang dilihat terkejut dengan jawapan diberikan disambut pula oleh seorang lagi juri, Datuk Syafinaz Selamat yang meminta remaja itu menjaga bahasa ketika menjawab soalan daripada orang lain.
“Nasib baik you bukan anak murid I, kalau anak murid I, you cakap dengan I macam tu, dah lama dia menangis.
“Hati-hati bila menjawab… bila orang bertanya soalan, kita kena cantik sikit bahasa kita ya adik?,” kata Syafinaz.
Sementara itu, Catriona atau Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross, 42, menerusi Instagram sempat memberi teguran secara terbuka khususnya kepada golongan muda untuk menjaga komunikasi dengan orang lain.
Apa pun impian kita, kita jangan pernah lupa empat perkara ini iaitu sikap, hormat, disiplin dan merendah diri.
Kata Catriona, seseorang yang ingin berjaya perlu menjaga setiap tutur kata kerana setiap yang dibicarkan itu melambangkan siapa diri mereka.
“Apa pun impian kita, siapa pun kita atau impian yang ingin dicapai, kita jangan pernah lupa empat perkara ini iaitu sikap, hormat, disiplin dan merendah diri.
“Ini adalah perkara-perkara yang saya pegang dan hadam sejak memulakan karier sesudah tamat universiti,” katanya.
Kata Catriona, sikap termasuk menjaga turut kata sangat penting kerana cara seseorang berkomunikasi menunjukkan karakter sebenar mereka.
Jelasnya lagi, menghormati orang lain juga akan membuatkan seseorang sangat disenangi malah mereka akan sentiasa diingati.
“Disiplin juga adalah kunci penting kenapa ada orang berjaya dalam hidup dan ia juga menentukan di mana anda berada dalam hidup.
“Sentiasalah merendah diri kerana ia sangat penting,” katanya.

Video
“Apa pun impian kita, siapa pun kita atau who we wish to become, kita jangan pernah lupa 4 perkara yang akan i sebut kan buat ingatan kita bersama. These are some notes ive used & hadamkan sejak mulakan karier sesudah tamat universiti.
.
No 1- Attitude. Jaga tutur kata. How you speak shows your character.
2- Hormat. Bila ada bersifat menghormati sesama kita,kita akan sangat disenangi. Malah, akan juga diingati.
3 – Disiplin. Ini kunci penting why some people succeed in life. Disiplin juga determines where you can be in life.
4 – Merendah diri. Sangat penting. Terlalu.
‘Nasib Baik You Bukan Anak Murid I, Kalau Tak….’ – Syafinaz ‘Berbulu’ Peserta ATNM Biadab, Ajai Mohon Hormat Majlis
Selaku kapten program hiburan All Together Now Malaysia (ATNM) musim kedua, penyanyi, Datuk Syafinaz Selamat tampil bersuara mengenai tingkah laku seorang peserta yang dikatakan biadab ketika menjawab pertanyaan Catriona Ross, semalam.
Nasib bukan anak murid I
Menurut Syafinaz, dia tidak menyangka peserta tersebut boleh menjawab sebegitu kepada Catriona Ross. Tambah Syafinaz, nasib baik peserta berusia 16 tahun itu bukan anak muridnya. Kalau tidak, pasti peserta itu akan menangis.
Sayang, nasib baik u bukan anak murid i, kalau anak murid i cakap macam tu, dah lama menangis. Tolong hati-hati ketika menjawab soalan. Kena cantik sikit bahasa kita ya adik.
Tambah Syafinaz, dia berharap gadis berkenaan dapat memperbaiki cara menjawab soalan. Bahkan, bahasa yang digunakan juga seharusnya ‘cantik’. Selain Syafinaz, Ajai turut bersuara. Menurut Ajai, peserta itu seharusnya menghormati majlis.
Awak kena hormat majlis. Kalau awak hormat majlis, tak sedap pun jadi sedap.
Sumber: Catriona Ross