Uncategorized

Plakon Veteran MakJah JtuhSaklt. Ini KeadaanTrkini Bliau Buat Rmai Mnd0akan

Kuala Lumpur – Pelakon, Maimunah Ahmad, 73, atau lebih dikenali sebagai Mak Jah dimasukkan ke H.ospital Ampang Khamis lalu a.kibat paras di.abetes yang tinggi.

Presiden Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia, Tukiman Radion berkata, Mak Jah dibawa oleh anaknya selepas mendapati keadaan ibunya yang kurang bermaya.

Sekadar info, Mak Jah mula aktif berlakon pada 1987 menerusi drama Sri Panggung terbitan Serangkai Filem. Sejak itu, beliau telah membintangi lebih daripada 100 drama dan menjayakan berpuluh filem.

Antaranya Mami Jarum, Lady Boss, Hingga Hujung N.yawa, Volkswagen Kuning, Jutawan F.akir, Sara, Bujang Senang dan Cinta Fotokopi. Beliau turut terkenal dengan membintangi beberapa drama televisyen seperti Fatimah Juling, Halimah J.ongang dan Awan Dania.

Moga Mak Jah Cepat Sembuh

Selepas menerima rawatan keadaannya semakin baik berbanding sebelumnya. Bacaan paras d.iabetes juga dah turun.

Bagaimanapun dia masih dit.ahan di h.ospital dan belum dibenarkan keluar oleh doktor kerana bacaan paras gula yang turun naik, katanya.

Tukiman bersama Amran Nasarudin Timbalan Presiden PKAVM, Norlidyawati Shabullah dan Chef Yang Jamil sempat meluangkan masa melawat Mak Jah semalam.

Alhamdulillah dia dalam keadaan sedar dan boleh berbual dengan kami. PKAVM juga bagi sedikit sumbangan berbentuk kewangan dan sokongan m.oral.

“Ia perlu supaya dia rasa tenang dan tahu ada yang ambil berat terhadapnya. Semoga dia cepat sembuh. Dia ahli yang aktif dan sering terbabit dengan program anjuran kami,” katanya.


Tukiman berkata, dia memantau perkembangan Mak Jah dan berkongsi dalam kumpulan WhatsApp ahli PKAVM.

Saya beritahu ahli agar mohon Allah sembuhkan Mak Jah. Itu adalah semangat sebagai menghormati se.nior seperti dia.

Sebagai Presiden, saya memohon jasa baik badan kerajaan dan ahli korporat serta individu yang berkemampuan untuk memberi sumbangan kepada PKAVM.

“Semoga dengan sumbangan terbabit dapatlah kami membantu ahli yang memerlukan bantuan,” katanya.

Kredit : HM/FB

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *