Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebentar tadi mengumumkan barisan senarai anggota kabinetnya.
Dalam sidang media yang disiarkan secara langsung, Anwar mengumumkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden Kanan PBB, Fadillah Yusof – yang mewakli Gabungan Parti Sarawak (GPS) – sebagai timbalan perdana menteri.
Menurut Anwar, Zahid juga dilantik menjadi menteri kemajuan desa dan wilayah manakala Fadillah sebagai menteri perladangan dan komuniti.
Anwar pula memegang portfolio kewangan.
Senarai penuh barisan kabinet itu diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pagi tadi untuk diperkenan Tuanku.
Reaksi Azmin Ali
Dalam pada iti, bekas menteri Ekonomi, Datuk Azmin Ali ada berkongsi satu pautan artikal berkenaan reaksi parti Bersatu selepas pengumuma kabinet oleh Perdana Menteri malam tadi
Menurut pemimpin dari Bersatu, dengan perlantikan Ahmad Zahid selaku Timbaln Perdana Menteri telah mengkhianati pegundi dari Pakatan

Terdahulu Anwar menekankan barisan kabinetnya sebagai jemaah kerajaan perpaduan dan berlandaskan beberapa prinsip untuk merangkumi “kekuatan induk” – iaitu PH, BN dan GPS – serta sokongan pihak lain seperti Warisan dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
“Tiga tunggak ini (PH, BN dan GPS) telah sepakat bukan saja dalam membentuk jemaah menteri, tetapi menetapkan beberapa dasar utama, seperti tata kelola yang baik, dan juga keutamaan untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan mengurangkan kos sara hidup rakyat.
“Kesepakatan ini memungkina kita kemudian untuk melebarkan jaringan kepada GRS, selain Warisan dan Upko yang sedia ada.
“Ini bermakna kekuatan kerajaan perpaduan dalam Parlimen telah mencecah sekitar (majoriti) dua per tiga,” katanya.
Dalam pada itu, Anwar turut memaklumkan penubuhan kumpulan penasihat yang akan membantu kerajaan, khususnya kementerian kewangan.
”Urusan kerajaan khususnya kementerian kewangan akan dibantu oleh beberapa nasihat yang tak akan mengambil upah, yang akan diketuai oleh penasihat (bekas CEO) petronas Hassan Merican,” katanya lagi.