Hiburan

PRU15: PN Menang Besar di Parlimen Padang Serai. Ini Kata2 Azman Nasrudin. Memang Makan Dalam

Gelombang sokongan terhadap PN nampaknya belum reda di Kedah selepas calon mereka Azman Nasrudin, 50, secara rasmi diumum sebagai pemenang dalam pilihan raya parlimen itu, malam ini.

Azman yang juga Adun Lunas memperoleh sejumlah 51,637 undi menewaskan lima calon lain dengan majoriti 16,260 undi, sekaligus merampas kerusi yang disandang PKR sejak 2008 itu.

Calon Pakatan Harapan (PH) Mohamad Sofee Razak ditempat kedua tertinggi dengan 35,377 undi diikuti calon Barisan Nasional (BN) C Sivarraajh 2,983 undi.

Selain itu calon bebas Sreanandha Rao memperolehi 846 undi diikuti calon Pejuang Hamzah Abd Rahman 424 undi, dan calon Warisan Mohd Bakhri Hashim dengan 149 undi.

Sebelum ini Sivarraajh dan Mohd Bakhri mengumumkan menarik diri daripada pilihan raya itu bagi memberi laluan kepada Mohamad Sofee, namun nama mereka tetap dipaparkan pada kertas undi

Keputusan pilihan raya itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Padang Serai Abdul Bari Abdullah di pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Kompleks Sukan Kulim Hi-Tech, Kulim.

Menurutnya peratusan keluar mengundi selepas semua 46 pusat pengundian ditutup 6 petang tadi adalah 68.95 peratus daripada 132,955 orang pengundi biasa dan 753 undi ditolak.

Turut kelihatan hadir di pusat penjumlahan ialah Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor dan Ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim.

Sementara itu, keputusan di Padang Serai menjadikan PN kini mempunyai 74 kerusi parlimen yang dimenangi mereka pada PRU ke-15 kali ini dan penguasaan mutlak parlimen di Kedah, kecuali di Sungai Petani yang dimenangi PH.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi Parlimen Padang Serai ditangguhkan berikutan salah seorang calon yang telah disahkan iaitu M Karupaiya, 69, yang meninggal dunia pada 16 Nov lalu.

Karupaiya yang mewakili PH merupakan penyandang kerusi Parlimen itu dengan majoriti 8,813 undi pada PRU ke-14 menewaskan calon PAS Muhamad Sobri Osman dan calon BN Datuk Dr Leong Yong Kong.

Tahniah kepada Datuk Azman Nasrudin dari Perikatan Nasional (PN) kerana berjaya memenangi PRU15 kerusi parlimen P017 Padang Serai.
Jalankanlah tanggungjawab anda kepada rakyat seperti yang telah dijanjikan.

Berikut reaksi dari beberapa pemerhati politik

“PILIHANRAYA UMUM P.017 PADANG SERAI

“Calon Perikatan Nasional (PN) menang besar mengatasi calon Pakatan Harapan (PH) dengan majoriti lebih 11 ribu (belum dikemaskini)

“Aduhai.. Padang Serai ni kubu kuat PH. PRU-12, PRU-13 dan PRU-14 PKR sentiasa menang bergaya disini. Kali ni BN bagi laluan pada PH. Atas nama kerjasama kononnya. Pun boleh kalah besar macam ni.”Signal dah jelas ni. Ada satu faktor besar yang menyumbang kepada kekalahan calon PH-BN. Pengundi Melayu beralih arah menyokong calon alternatif, sepertimana yang berlaku pada PRU-15 lepas diseluruh negara.

“Penolakan terhadap Presiden UMNO DS Zahid Hamidi amat kuat. Macam ni pun orang masih boleh pertahan Presiden UMNO lagi. Ni sokong yang akan membawa rebah.=

“Berapa lama lagi parti UMNO ni boleh bertahan kalau terus bersikap bodoh sombong begini. Rela korban parti asalkan Presiden beroleh jawatan. Kegilaan apa yang berlaku ni..

Semuanya masih belum kalah untuk Muhyiddin , dan semuanya masih belum menang untuk Anwar.

Beriktu pula perkongsian dari FB Muhammad Harris Nasril yang memang terkenal dengan ‘troll’ dan kupasan menarik tentang suasana politik negara

“Dengan berakhirnya PRK Padang Serai maka lengkaplah semua keputusan di 222 kerusi parlimen.

“19 Disember ini merupakan hari penentu bagi Anwar Ibrahim untuk membuktikan majoritinya di parlimen.

“Ini kerana beliau sudah berjanji bahawa usul pertama yang akan dibentangkan sebaik sahaja dewan bersidang adalah usul undi percaya ke atasnyaa.

“19 Disember ini akan menyaksikan sama ada:

“1) Anwar mempunyai majoriti mudah, atau

“2) Anwar mempunyai 2/3 majoriti, atau

“3) Anwar gagal memperoleh majoriti mudah. .

“Bagi menjayakan usul itu, Anwar perlu segera mengikat sokongan dengan menawarkan jawatan timbalan menteri kepada ahli-ahli parlimen kerajaan yang masih belum mendapat habuan jawatan.

“Dalam beberapa hari mendatang ini, kita akan menyaksikan jawatan timbalan menteri akan diumumkan.

“Bagaimana pula dengan ahli parlimen kerajaan yang tidak mendapat jawatan menteri dan timbalan menteri?

“Kalau ikutkan precedent kerajaan-kerajaan sebelum ini, mereka akan dilantik ke syarikat GLC.

“Adakah Anwar akan melakukan hal yang sama?

Kerana itu satu perjanjian akan dimeterai minggu depan bagi mengikat semua parti politik dalam kerajaan campuran Anwar Ibrahim.

“Semuanya masih belum kalah untuk Muhyiddin , dan semuanya masih belum menang untuk Anwar.

“Pelbagai perkara boleh berlaku dalam 12 hari ini.

Kerana Anwar, peluang saya menang cerah, kata calon PN

KULIM: Terdahulu Bekas ahli PKR, Azman Nasrudin kini lebih tenang selepas lebih lima minggu berkempen sebagai calon Perikatan Nasional (PN) untuk pilihan raya Padang Serai.

Bekas guru Bahasa Melayu selama 18 tahun dan kini Exco Kedah untuk hal ehwal India berkata, beliau boleh menarik nafas lega menjelang hari pengundian esok disebabkan Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Azman mendakwa keputusan Anwar melantik Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalan perdana menteri dan beberapa “watak yang boleh dipertikaikan” dalam Jemaah Menterinya menyebabkan Pakatan Harapan (PH) ditolak pengundi.

Katanya, ketika meraih undi di kawasan yang dianggap kubu kuat Umno, beliau mendapati pengundi marah dengan pelantikan Zahid yang berdepan 47 pertuduhan rasuah di mahkamah.

“Mereka kecewa dengan barisan Jemaah Menteri Anwar, termasuk Zahid dan (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri) Tengku Zafrul Aziz. Saya melawat tujuh hingga lapan kampung dan ini yang saya dengar. Mereka akan mengundi PN sebagai tanda protes.

“Jika pilihan raya diadakan 19 Nov lalu, saya boleh katakan akan dapat 70% undi Melayu. Tetapi kini, saya yakin boleh dapat lebih 80% sokongan, terima kasih kepada Anwar. Ini hikmah Allah apabila pilihan raya ditangguhkan,” katanya kepada FMT.

Azman berkata, sentimen itu turut dialami pengundi bukan Melayu, di mana penyokong PH kecewa kerana gabungan itu melanggar janji untuk tidak bekerjasama dengan mereka yang didakwa di mahkamah akibat rasuah. Hampir 1/3 daripada 133,867 pengundi di sini golongan bukan Melayu.

“Nampaknya peluang tipis untuk Sofee Razak (calon PH) menang dan peluang cerah untuk saya kerana gelombang biru PN atau tsunami Melayu semakin meningkat susulan keputusan Anwar.

“Pengundi muda akan memilih PN kerana gabungan ini tiada masalah rasuah. Mereka nampak bagaimana PH memerintah selama 22 bulan dan BN selama 60 tahun, serta mereka tidak sanggup lagi.”

Katanya, dakwaan beliau ditolak pengundi kerana keluar PKR dan menyertai Bersatu tidak mungkin berlaku kerana “PKR sudah hilang arah”.

“Saya keluar kerana Anwar menjadi diktator,” kata ADUN Lunas itu yang memenangi kerusi negeri itu atas tiket PKR.

“Sebaik saja dia dibebaskan dari penjara, dia beritahu kami dalam sebuah majlis makan makan: ‘Sekiranya kamu tidak bersama saya, kamu boleh keluar!’.

“Pada majlis makan malam itu, saya nampak parti itu menjadi kelab peminat (Anwar) berbanding berjuang untuk kepentingan rakyat, jadi saya memutuskan untuk keluar.”

Katanya, prestasi cemerlang PN pada pilihan raya umum ke-15 dengan memenangi 13 daripada 15 kerusi Parlimen di Kedah disebabkan kepimpinan Menteri Besarnya, Sanusi Md Nor.

“Dengan Parlimen Merbok yang berjiran dengan Padang Serai dimenangi PN, saya yakin akan menang di kerusi ini, insya Allah.”

DUN Tioman: Bukti rakyat boleh terima gabungan BN-PH?

Dalam perkembangan yang sama Kemenangan Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) membuktikan rakyat boleh menerima gabungan parti BN dan Pakatan Harapan (PH) yang membentuk Kerajaan Perpaduan.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, penerimaan rakyat terhadap gabungan parti blok BN dan PH telah diterjemahkan rakyat selepas calon BN, Datuk Seri Mohd Johari Hussain menang dengan majoriti 573 undi.

“Sudah tentu rakyat boleh menerima (gabungan BN-PH) khususnya di DUN Tioman. Kalau tidak mana mungkin kita boleh menang. Ini bermakna mereka boleh menerima secara dengan rasionalnya.

“Saya sudah jelaskan beberapa kali bahawa kerajaan harus ditubuhkan supaya membolehkan kerajaan melaksanakan tugas dan jika tergantung ia akan merugikan rakyat,” katanya ketika mengadakan sidang akhbar di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah Rompin.

Dalam perkembangan lain, Wan Rosdy menyatakan kuota Ahli Majlis Mesyuarat (Exco) Pauang telah lengkap diisi dan Mohd Johari akan menggalas jawatan dan memelihara kesejahteraan rakyat di DUN Tioman.

Sementara itu, Johari menyatakan, manifestasi kerjasama BN dan PH ini telah membawa satu kerjasama erat demi kestabilan politik dan ekonomi serta perpaduan kaum dalam Kerajaan Negeri Pahang.

BN berjaya mempertahankan kerusi DUN Tioman dengan majoriti tipis 638 undi sahaja.

Johari berjaya menumpaskan empat calon pesaing lain sekali gus, kekal mempertahankan DUN Tioman selama empat penggal berturut-turut.

PRU15 di DUN Tioman menyaksikan Johari memperoleh 8,077 undi manakala pencabar terdekatnya calon Perikatan Nasional (PN), Noor Idayu Hashim, 7,439.

Calon Pakatan Harapan (PH), Mohd Fadzli Mohd Ramly yang diputuskan untuk memberi laluan kepada BN tetap mendapat 791 undi.

Manakala calon Pejuang, Osman Bakar memperoleh 82 undi dan calon Bebas, Sulaiman Bakar sekadar memperoleh 60 undi.

Kemenangan Johari ini menyumbang kerusi ke-17 buat BN Pahang yang seri dengan kerusi PN.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *