Hiburan

PU Riz dapat sorakan, rupanya ini ijazah yang dia terima, hashtag Neelofa pula mencuit hati

PENCETUS Ummah (PU) Haris Ismail mendapat sorakan seperti seorang selebriti terkenal apabila namanya diumumkan ketika mengambil skrol pada Majlis Istiadat Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) ke-38 pada Ahad.

Haris atau Muhammad Haris Mohd Ismail, 27, menerima skrol berkenaan selepas menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua) di universiti berkenaan.

Apa menarik perhatian, isterinya, Neelofa turut hadir pada majlis konvokesyen tersebut yang turut memberi sorakan apabila Haris berjalan menerima skrol ijazahnya.

Neelofa turut mengusik Haris atau PU Riz dengan meletakkan tanda pagar mencuit hati iaitu #suamimudakauada menerusi beberapa hantaran mengenai majlis tersebut di Instastory miliknya.

“Haha siapa suruh bawa isteri datang konvo #suamimudakauada,” tulisnya.

Dalam perkongsian tersebut, Neelofa dilihat gembira dan bangga meraikan hari bermakna itu bersama PU Riz.

Untuk rekod, PU Riz sebelum ini ada memaklumkan keputusannya menyambung pengajian di sebuah universiti terkemuka.

Haris, 27, menerima Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di Majlis Konvokesyen IIUM kali ke-38.

Teman suami

Sementara itu, us4hawan ter kenal Noor Neelofa turut menemani suami tercinta di IIUM. Neelofa, 33, memuat naik rakaman video yang kedengaran suara sorokan ketika Haris berada di atas pentas.

Dalam pada itu, di kapsyen Inst4.gram St0ries, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor meluahkan rasa syukur atas kejayaan yang diperolehi Haris selepas penat bertungkus lumus.

VIDE0

PU Riz juga pernah menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir pada 2012 namun hanya sempat belajar selama setahun sebelum membuat keputusan pulang ke Malaysia ekoran pergolakan yang berlaku di negara tersebut.

Terdahulu, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan PU Riz pada 27 Mac 2021. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu.

Sumber:seorangnur/OfficialIIUM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.Pihak kami tidak akan bertanggung jawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *