Uncategorized

Puteri Sarah akhirnya dedah lokasi Syamsul, Ira kahwin

KUALA LUMPUR: Isu mendakwa pengarah sensasi, Syamsul Yusof berkahwin dengan anak pelakon veteran, Kazar Saisi iaitu Ira Kazar semakin bertiup kencang.

Ia semakin kecoh apabila isteri Syamsul, Puteri Sarah Liyana memuat naik hantaran dalam Instagram Story (IGs) yang mendakwa suaminya berkahwin di Thailand, tetapi tidak membuat pengakuan sebenar.

“Ramai tanya Sarah pasal berita perkahwinan Syamsul dan Ira ini. Ada juga yang tidak berpuas hati.

“Sebagai isteri, wajib taat kepada suami, tetapi suka ke apabila dapat tahu mereka berkahwin di Thailand? Selepas itu, tak mengaku.

“Bagaimanapun, nak saman Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dah betul-betul pasti ke? Jangan terbalik pula jadinya, saya tanya sahaja.

“Nak sambung makan ‘popcorn’ di Disneyland, ‘popcorn’ di sini sedap,” katanya yang kini sedang bercuti di Tokyo, Jepun bersama anak-anaknya.

 


Sarah dan anak-anaknya, Syaikhul Islam dan Sumayyah kini sedang bercuti di Tokyo. – Foto IG Puteri Sarah Liyana
Memetik laporan BH Online kelmarin, Puteri Sarah memaklumkan, dia ada menerima mesej yang mengatakan Syamsul berkahwin dengan orang ketiga yang didakwa sebagai perosak rumah tangganya itu.

“Sebenarnya, saya sudah lama mendapat mesej langsung mendakwa Syamsul sudah berkahwin dengan Ira.

“Kebanyakan maklumat diterima daripada orang yang mengenali pihak sebelah sana. Saya tak kuasa ambil peduli disebabkan dulu cerita kahwin hanya desas-desus.

“Apabila makin hangat diperkatakan, saya juga semakin banyak mendapat mesej langsung. Kebanyakannya kasihan melihat saya, anak dan keluarga mentua yang tidak mengetahui apa yang dilakukan Syamsul di belakang kami.

“Namun, saya tidak terkejut walaupun Syamsul bermati-matian menafikan kesahihan gosip kahwin dua,” katanya.

Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *