Uncategorized

Ramai perasan tudung Hana Ismail semakin senteng, ini reaksi netizen

PETALING JAYA – Setelah mendirikan rumah tangga dengan Da’i Syed pada bulan lalu, pengacara terkenal Hana Ismail dikecam akibat menggayakan stail tudung singkat serta tidak menutup bahagian dada seperti imejnya sebelum ini.

Menerusi entri terbaharu dalam Instagram, pemilik nama penuh Nurulhana Ismail tampil bergambar dalam kereta mengenakan busana hitam putih dengan stail tudung senteng.

Rata-rata peminat terkejut dan kesal dengan penampilan terbaharu pengacara PM Live! itu kerana mereka lebih menyukai fesyen Hana yang sinonim bertudung labuh.

“Pertama kali melihat Hana bertudung singkat,” ujar peminat kecewa.

“Minta maaf memang jubah tersebut nampak dada? Tidak tutup bahagian hadapan sehingga menampakkan aurat,” tutur pengikut.

“Kenapa tudung jadi singkat pula,” ujar netizen pendek seolah-olah tidak gemar dengan penampilan yang ditonjolkan oleh Hana.

Hana bagaimapun tidak bertindak membalas sebarang komen atau memberikan reaksi peribadi terhadap keprihatinan netizen dengan penampilan terbaharunya.

Terdahulu, kemesraan hubungan Hana dan Da’i Syed mengundang pelbagai respon daripada netizen yang meluahkan rasa meluat melihat aksi pasangan pengantin baharu itu sehingga dilabelkan ‘terpaling berkahwin’.

Hana dan Syed mendirikan rumahtangga pada 3 Disember lalu dengan sekali lafaz di Masjid Ibnu Mas’ud, Kuala Lumpur. -KOSMO! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *