Uncategorized

“Rep0rt polis kami dah buat”-Bukan nak a1bkan sesiapa, Tomak terpaks kongsi cerita ini

Penyanyi Tomok berkongsi kejadian apabila pekerja di kedai minumannya yang terletak di Setia City Mall menjadi mngsa ‘scammer’ seorang pelanggan lelaki pada semalam.

Tiada niat mahu mengaibkan sesiapa, Tomok menerusi perkongsian di Instagram mendakwa individu itu tidak membayar minuman yang dipesan namun meminta wang baki daripada pekeranya.

“Bukan nak aibkan sesiapa tapi saya tak nak perkara ini jadi kat orang lain… kena hati hati. Semalam staff saya macam kena scam kat kedai kami di Chatime Setia City Mall.

“Orang tu datang, dia order air, lepas tu dia minta terus duit baki padahal dia tak bagi lagi duit untuk dia beli air,” tulis Tomok di perkongsian tersebut.

Bekas peserta Gegar Vaganza 9 (GV9) itu juga memuat naik video memperlihatkan aksi individu tersebut dengan pekerjanya di kedai minumannya.

Menerusi rakaman tersebut, individu tersebut seperti memaksa pekerjanya untuk memberikan wang baki sebanyak RM87 dengan segera.

Menurut Tomok, pekerjanya seakan-akan dipukau kerana individu tersebut sekali lagi datang semula ke kedai untuk menukar wang yang diambil dan terus menghilang.

“Kalau korang boleh tengok kat video ni, dia macam paksa untuk dapatkan duit baki dengan cepat. Jadi, staff saya bagi la duit baki yang dia minta dalam RM87.

“Lepas tu dia datang lagi nak tukar duit pula, dari duit yang dia ambil tadi. Lepas tu dia terus hilang, tak tahu ke mana. Macam kena pukau pun ya juga.

“Saya baru saja nak meniaga, senang-senang saja dia datang ambil duit RM87 tu banyak. Itu baru satu kedai, kalau 10 kedai dia pergi… hati hati tau guys,” katanya lagi.

Sementara itu, Tomok turut memaklumkan dia sudah membuat laporan polis dan berharap individu yang dianggap biadab itu diberkas dengan segera.

“Report polis kami dah buat… semoga malaun ni kena tangkap. Kurang ajar betul,” tegas Tomok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *