Sampai Hantar Foto Dalam Bilik Tidur, Model Tudung Muslimah ‘Ser4ng’ Isteri.. Cabar Suami Lafaz Cer4i

Tidak dapat digambarkan betapa remuknya hati seorang isteri apabila mendapat tahu suami tersayang tergamak berlaku curang dengan wanita lain di belakangnya. Lebih mengejutkan apabila teman wanita suaminya didakwa ‘menyerang’ si isteri.

Model ganggu rumah tangga orang

Menerusi video yang dimuat naik oleh Madam Hanny Izzati di TikTok, mendedahkan wanita terbabit merupakan seorang model tudung muslimah.

Difahamkan, teman wanita suaminya itu dengan bangga menghantar foto dirinya di dalam bilik tidur pasangan suami isteri itu.

Hamboi, depan isteri tipu pasal girlfriend, depan girlfriend tipu pasal isteri. Aku suruh perempuan tu ambil gambar dan video banyak-banyak bagi I. I nak masukkan dalam mahkamah. Mudah sikit kerja I.

Eh tidur atas katil kami lah. Perempuan tu diperbodohkan dah. I dah cakap kat dia, you ni pun satu pandai-pandai lah cari duit masukkan sale dalam company senang sikit hidup anak isteri nak kikis.

Jadilah girlfriend yang berguna dan mendatangkan sesuatu. Tak pasal-pasal suami I cari isteri dia balik sebab girlfriend tak pandai business.

Dalam pada itu, wanita terbabit seperti tidak ‘senang duduk’ apabila melihat teman lelakinya bahagia bersama isteri dan anak-anak. Malah, dia turut mendakwa bahawa si isteri meroyan.

Kita baru nak enjoy hidup dengan anak-anak tapi perempuan tu kata kita meroyan pulak macam aku heran sangat.

Lebih mengejutkan apabila ketika mereka sekeluarga sedang bercuti di Johor Bahru, wanita terbabit dipercayai berada di rumah mereka.

Tu rumah suami I dalam bilik kami suami isteri tidur sama-sama tapi perempuan tu stay bilik tu. Boyfriend dia keluar dengan isteri dan anak-anak je pun. Depan isteri cakap tak nak cerai, sayang isteri.

Bukan itu sahaja, si suami turut tidak mengaku bahawa model berkenaan adalah teman wanitanya.

Suami I tak mengaku perempuan tu girlfriend dia. I cakap dekat suami kalau you betul sayang kan girlfriend you tu ceraikan je lah I sekarang. Lafaz cerai depan perempuan tu. Buktikan you cintakan sangat dekat perempuan tu tapi tak lafaz pun.

Tidak terhenti di situ, wanita terbabit turut mengganggu si isteri dan anak-anak teman lelakinya.

Perempuan tu buat gila dia kacau I dan anak-anak. Nak tidur pun tak senang.

Sumber : TikTok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *