Uncategorized

“Saya Bukan Zahid Hamidi” – Dakwaan Seleweng RM600 Bilion, Sekali Muhyiddin Suruh Anwar Tanya Tengku Zafrul

Kecoh bumi Malaysia apabila bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa menyeleweng dana kerajaan bernilai RM600 bilion.

Tidak mendiamkan diri, Pengerusi Perikatan Nasional itu bersumpah bahawa beliau sama sekali tidak mengambil walaupun satu sen daripada dana tersebut.

Muhyiddin juga meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanyakan mengenai dakwaan penyelewengan itu kepada bekas Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz.

Hang (Anwar Ibrahim), hang panggil je Zafrul pergi ke pejabat hang pagi esok, hang tanya betul-betul. Dia akan kabor kepada hang. Kalau dia kabor, aku boleh hadap di mahkamah bila-bila masa.

Tapi Wallahi, satu sen pun daripada wang itu tidak saya ambil. Bukan duit saya, itu duit rakyat jelata. Saya bukan Zahid Hamidi.

Terbaru, Anwar menafikan bahawa beliau mengeluarkan arahan untuk menyiasat perbelanjaan RM600 bilion tanpa tender yang dibuat kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin.

Tegas Anwar lagi, Kementerian Kewangan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk melakukan tindakan selanjutnya.

kredit:omm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *