Uncategorized

“Saya Halalkan Malas Nak Panjang Cerita,” – Ryan Bakery Reda ‘Kena Kencing’

Sejak menempa populariti, personaliti media sosial, Ryan Bakery mengakui dia pernah melalui ‘detik hitam’ apabila pernah ditipu sebanyak ratusan ribu ringgit selepas selesai membuat kerja atau review yang dituntut oleh pihak client.

Menurut Ryan atau nama sebenar, Muhammad Ryan Fahmi Bakery, 27, sedikit sebanyak perkara itu membuatkan dia mempunyai ‘trust issue’ dan sebagai langkah berjaga-jaga, dia kini telah mengambil seorang pengurus yang akan menggendalikan segala perkara berkaitan kerja-kerja review dan juga lakonan.

“Saya dah banyak kali kena tipu fasal duit… rasaya hampir ratusan ribu juga saya rugi bila pengasas produk cabut lari selepas video review dah siap dibuat. Ada juga yang buat pembayaran lambat seperti dijanjikan.

“Bagaimanapun, saya halalkan saya semua itu… malas nak panjangkan cerita.

“Disebabkan perkara itu, saya kini jadi lebih berhati-hati dan sekarang saya sudah ada pengurus yang akan mengurus dan mengatur segala kerja-kerja saya selepas ini,” katanya kepada MH.

Ryan ditemui pada majlis sidang media Anugerah Gempak Most Wanted 2022 (GMWA2022) yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada Khamis.

Menurut Ryan lagi, disebabkan insiden pernah ditipu itu, ia membuatkan dirinya kini lebih berhati-hati dalam mempercayai orang lain sehingga membuatkan dia pernah berada dalam fasa tidak ingin mengangkat panggilan telefon daripada mana-mana pihak sebelum ini termasuk daripada media sendiri.

“Pertama sekali, saya memang nak minta maaf sangat lebih-lebih lagi kepada pihak media. Saya tahu ada yang kata saya ini sombong.

“Disebabkan pernah kena tipu, saya jadi susah nak percaya orang dan berhati-hati menjawab panggilan.

“Saya minta maaf kepada mana-mana pihak yang terasa,” katanya lagi.

Menerusi GMWA2022, Ryan yang cukup dikenali dengan konten video nostalgia kanak-kanak ini tercalon dalam kategori Digital Content Creator Tergempak bersama empat pesaing lain iaitu Khairul Aming, Syahmi Sazli, Namie dan Mek Yun.

kredit: mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *