Rafizi berkata, apa yang sepatutnya berlaku ialah pasaran dikawal oleh permintaan dan bukan penawaran namun mengakui bahawa tabiat membeli adalah kompleks.
Justeru, katanya, beliau berharap negara mampu menyediakan ekosistem tabiat pembelian banyak dipengaruhi oleh penawaran harga yang berpatutan, dengan menggunakan data sedia ada yang disediakan Jabatan Perangkaan serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Dalam media sosial, tular kembali penerangan Rafizi mengenai penururna harga barang, tapi yang tarik perhatian ialah gerakan tangan beliau
Saya takjub dengan gerak tangan pemuda tersebut. Meyakinkan.
“Harap menteri ekonomi, Rafizi Ramli dapat dengar cadangan pemuda ini bagaimana nak turunkan harga. Saranan bijak pemuda ini dibuat ketika pemuda itu merupakan pembangkang.
Pemuda bijak ini tidak menyalahkan pengguna kenapa harga jadi mahal, sebaliknya beliau mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan stok penimbal supaya bekalan sentiasa cukup sekaligus menghalang kenaikan harga.Semoga pemuda bijak ini dilantik sebagai penasihat menteri ekonomi. Jangan sia-siakan bakat dan ilmu mereka!” komen dari satu page tr0ll
‘Saya tidak pernah lari dari perkara kontr0versi jika itu menyelesaikan masalah’.
Itulah ungkapan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dalam satu ciapannya semalam apabila menjawab dakwaan sesetengah pihak bahawa dirinya ‘lari’ dari isu harga barang.
Jelas Rafizi, beliau tidak takut dengan pandangan umum, malah yakin rakyat yang rasional akan mula memahami dan ikut serta.
“Dalam sebulan lagi, ‘geng-geng’ Perikatan Nasional yang pertikai semua akan terduduk.
“Sama macam mereka terduduk soal-soal lain yang asalnya kontroversi tapi bila hujahnya dibentang satu persatu, rakyat yang cerdik akan mula faham,” katanya.
Tambahnya, untuk menyelesaikan masalah harga barang, pihaknya perlu pastikan ekosistem harga barang lebih anjal.
Katanya, kerajaan sedang mengusahakan langkah-langkah jangka sederhana dan panjang seperti memperbaiki rantaian bekalan untuk hentikan monopoli, menetapkan kawalan harga tanpa ganggu kelangsungan bekalan, dan pelaburan berskala tinggi.
“Kita juga perlu ‘suntik’ keanjalan dalam permintaan sebagai satu lagi mekanisme kawalan harga.
“Kerajaan banyak data harga yang boleh digunakan rakyat. Kita mula dengan yang ini, Insya Allah sedikit demi sedikit kita kembalikan kuasa pengguna,” katanya.
Terdahulu, dalam sidang medianya pada Jumaat, Rafizi berkata, pengguna dinasihatkan agar tidak membeli barangan dijual oleh peniaga yang melebihi daripada harga purata.
Rafizi berkata, ekosistem tersebut yang diharap akan dibangunkan dan digerakkan oleh pengguna sendiri akan membantu menambah keanjalan di sebelah permintaan, sebagai satu usaha mengawal inflasi di masa akan datang.
Rafizi tak kemuka penyelesaian isu kenaikan harga makanan – Ketua Penerangan PAS
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli didakwa belum mengemukakan sebarang penyelesaian baharu dan konkrit mengenai masalah kenaikan harga makanan di negara ini.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Khairil Nizam Khirudin, berkata pada sidang medianya baru-baru ini, Rafizi juga tidak menyatakan faktor sebenar yang menyumbang kepada masalah itu, sama ada ketiadaan bekalan, kenaikan kos atau peningkatan permintaan.
Katanya, Rafizi juga tidak menyentuh secara keseluruhan mengenai langkah drastik bagi mengurangkan kadar inflasi subsektor makanan dan minuman bukan alkohol yang konsisten, yang mencecah 7.3 peratus pada bulan lalu, yang menjadi bahagian besar atau 30 peratus daripada perbelanjaan isi rumah.
“Harga barang makanan tidak rasional dan memerlukan intervensi serta penguatkuasaan lebih kuat oleh kerajaan. Bukan hanya menyuruh rakyat kurang makan ayam!
“Mekanisme subsidi bersasar dinyatakan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) pada hari pertama pentadbirannya tetapi belum dilaksanakan. Rafizi hanya mengulang perkara sama,” kata beliau dalam kenyataan, hari ini.

Kelmarin, Rafizi pada sidang medinya, berkata pengguna perlu berperanan menjadikan penawaran dan permintaan terhadap barangan lebih anjal, termasuk dengan tidak membeli produk yang dijual pada harga lebih mahal, berbanding sebelum ini.
Katanya, jika pengguna tidak membeli atau menggunakan produk yang menawarkan harga yang tidak berpatutan, ia akan memberi gambaran kepada peniaga dan pembekal untuk tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga barangan.
Ia termasuk bagi makanan dan minuman bukan alkohol serta ayam.
Mengulas lanjut, Khairil Nizam, yang juga Ahli Parlimen Jerantut, berkata dalam isu kenaikan harga telur dan ayam, ia kemungkinan disebabkan pihak penternak yang berdepan masalah kenaikan kos pengeluaran dan aliran modal atau monopoli dan manipulasi bekalan, yang tidak disentuh Rafizi.
“Langkah mengimport telur tidak menyelesaikan masalah tuntas. Menurut Pengarah Urusan Mydin (Datuk Ameer Ali Mydin), harga telur import gred C (50 sen sebiji) lebih mahal daripada telur gred A tempatan (45 sen sebiji), malah ia melangkaui harga siling ditetapkan kerajaan.
“Isu bekalan telur mungkin selesai tetapi masalah utama kenaikan harga yang ditanggung rakyat dan menangani isu monopoli tetap tidak terjawab!” katanya.
Sebelum ini, Perdana Menteri memaklumkan, import telur sudah bermula sejak 15 Disember lalu dengan permulaan kemasukan sebanyak 100,000 biji telur, sebagai langkah kerajaan untuk menampung keperluan dan permintaan pasaran tempatan, selain bagi tujuan mengawal harganya.
kredit: ttkm, sinar harian