CYBERJAYA: Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, mengakui beliau sendiri terhibur apabila melihat aksinya mengangkat telefon ketika sidang media rasmi pertamanya, Isnin lalu.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, beliau tidak sedikitnya pun terasa hati apabila gelagatnya itu menjadi hasut maya atau ‘troll’ dalam kalangan warga siber.
“Saya juga adalah mangsa buli, orang buat ‘meme’ mengejek saya pada sidang media pertama saya.
“Saya mempunyai pandangan sedikit berbeza dan tindakan itu memberi promosi kepada saya sebagai seorang menteri baharu, apa pun Alhamdulillah,” katanya.
Beliau ditemui selepas menerima kunjungan hormat Media Prima Berhad di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), hari ini.

Fahmi (kanan) meluangkan masa selama hampir sejam mendengar dan berbincang beberapa perkara, termasuk mengenai pengukuhan agensi media dalam memastikan perpaduan rakyat.
Aksi Fahmi menjawab panggilan daripada Pejabat Perdana Menteri ketika sidang media secara langsung menjadi tular dan menerima reaksi pelbagai oleh warga siber sejak beberapa hari lalu.
Mengulas lanjut, Fahmi menjelaskan, beliau sebagai seorang menteri juga perlu mempunyai ‘sense of humor’ (jenaka) dan tidak tertekan dengan perkara sedemikian.
“Sebenarnya saya sendiri tercuit hati dengan aksi itu. Mulanya saya tidak tahu tetapi apabila ditunjukkan oleh seorang kakitangan, saya sendiri ketawa dan tidak terkilan mahupun ada rasa malu.
“Anda kena menerima dan hanya perlu senyum dengan apa yang datang. ‘Good sense humor’ juga kena ada, kerana saya bukannya melakukan r0mpakan atau fitn4h,” katanya.
Terdahulu netizen terhibur dengan sebuah video viral yang memaparkan Menteri Komunikasi Digital, Fahmi Fadzil dilihat menjawab panggilan telefon ketika sedang mengadakan sidang media di pejabatnya di Putrajaya.
Rakaman video yang menjadi tumpuan dan perbualan hangat dalam kalangan netizen itu tersebar di YouTube Malaysia Gazette dan juga Twitter.
Dalam video viral berkenaan, Fahmi Fadzil yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai mengatakan bahawa panggilan telefon tersebut adalah daripada Pejabat Perdana Menteri (PMO).
“Oh, sekejap. PMO.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada sidang media jam 3.
I don’t think I’m needed there. Tapi let me just.. I’m sorry this is very embarrassing.
Hah. Really? Now? Oh, I have to go. Okay okay.” Ujarnya
Video berkenaan nyata mendapat pelbagai respon dan komen daripada netizen di laman media sosial.
kredit: bharian