Uncategorized

Selepas Dipecat Secara Mengejut, Tak Sangka Ini Partubuhan Yg Annuar Musa Terlibat

PETALING JAYA – Badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN) pimpinan Tan Sri Annuar Musa kini diaktifkan sebagai platform untuk menggerakkan agenda perpaduan dan pembinaan negara.

Difahamkan, pertubuhan itu diwujudkan untuk meneruskan usaha memupuk nilai-nilai murni ke arah penyatuan yang sejati.

Presidennya, Annuar berkata, MN berpegang teguh kepada lima matlamat yang telah digariskan antaranya menjunjung keluhuran Perlembagaan Persekutuan yang menjamin pembentukan negara.

“Ia termasuk mempertahankan Kedaulatan Raja- Raja Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta kepentingan sah kaum-kaum lain.

“Selain itu, MN turut (mengangkat) Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan serta menjamin kepentingan masyarakat majmuk terpelihara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, kata beliau, Muafakat Nasional akan terus diperkukuhkan melalui amalan musyawarah melibatkan pelbagai latar agama, kaum dan budaya.

“Kita akan memperkasakan agenda Islam, Melayu dan Bumiputera secara tuntas dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan.

“Membentuk Kerjasama dengan mengembangkan naratif (Islam dan bangsa Melayu) tanpa menafikan kepelbagaian agama, kaum dan budaya sebagai paksi kepada kestabilan politik, keharmonian dan kesejahteraan negara,” ujarnya.

Sehubungan itu, jelasnya, seramai 24 tokoh terkemuka yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, pengalaman serta kepakaran akan dilantik sebagai tunjang MN.

Tambahnya, MN juga akan menganjurkan sesi sidang meja bulat (Rountable Discussion) yang menghimpunkan tokoh-tokoh masyarakat dan pemimpin NGO dalam masa terdekat.

“Kita juga akan adakan Jelajah Muafakat Nasional meliputi seminar dan wacana tertutup di setiap negeri bagi mempromosikan keahlian MN.

“Butiran lanjut berkenaan keahlian MN dan struktur organisasi akan diumumkan minggu hadapan,” katanya lagi.

Rosmah cuma jumpa Zahid, bukan masuk mesyuarat Umno’

Kehadiran Rosmah Mansor ke bangunan Umno ketika Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu semalam menimbulkan banyak persoalan dan spekulasi.

Bagaimanapun, menurut bekas pegawai Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang kini rapat dengan Rosmah, isteri bekas perdana menteri Najib Razak itu hanya bertemu Presiden Umno Zahid Hamidi.

“Ramai yang buat cerita kononnya Datin Seri Rosmah masuk dalam mesyuarat MKT tersebut.

“Tapi sebenarnya Datin Seri Rosmah tiba di Bangunan Umno sebelum mesyuarat bermula hanya untuk bertemu dengan presiden Umno.


Rahimi Osman

“Beliau tidak ada apa-apa urusan dalam Mesyuarat MKT,” kata Rahimi Osman.

Tulisan Rahimi di Facebook itu turut dikongsi semula di Facebook Rosmah Mansor hari ini, dengan komen ringkas:

“Inilah cerita sebenarnya… “

Sementara itu, Rahimi berkata Rosmah hanya bertemu dengan Zahid kira-kira sepuluh minit saja dan keluar melalui parkir bawah tanah, menyebabkan dia tidak kelihatan keluar oleh orang awam dan wartawan.

“Ya, dia berada di PWTC hanya untuk beberapa minit. Bukan berjam-jam seperti yang disangka orang.

“Sedangkan apabila berita sudah mula tersebar malam tadi dan macam-macam spekulasi dibuat, (ketika itu) Datin Seri Rosmah telah berada di rumah,” katanya.

Dia justeru menasihat orang ramai tidak memandai-mandai membuat cerita kerana ia boleh menjadi fitnah.

Malaysiakini difahamkan pertemuan itu tidak berkaitan dengan kes mahkamah Najib dan tetapi hanya urusan peribadi.

Rahimi adalah rakan sekolah Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa diliwat oleh Anwar. Dia ialah orang yang memperkenalkan Saiful kepada Anwar.

Rahimi mencetuskan kontroversi selepas mendakwa dipaksa membuat dua laporan bersumpah pada tahun 2008 yang mengaitkan Najib dan Rosmah dalam kes liwat tersebut.

Anwar mendapat pengampunan penuh diraja bagi sabitan dan hukuman terhadapnya, walaupun telah menjalani hukuman penjara beberapa tahun.

kredit: KOSMO! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *