Uncategorized

SPRM Panggil Muhyiddin Yassin, Tengku Zafrul Dan KJ. Rupanya Kes Yg Disiasat Buat Ramai Naik Hairan

Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dikatakan telah dipanggil pihak SPRM.

Memetik sumber kepada Berita Harian, ketiga-tiga mereka dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kes salah guna dana RM600 bilion ketika menguruskan pandemik C0 VID-19.

Ini berikutan pihak SPRM menerima laporan mengenai penyelewengan dalam pengurusan dana negara pada tahun 2020 ketika pandemik bermula.

Pihak Berita Harian bagaimanapun gagal mendapatkan pengesahan daripada Ketua SPRM, Tan Sri Azam Baki mengenai perkara ini.

Menteri KDN jangan campur tangan siasatan polis

Timbalan Ketua Bahagian BERSATU Shah Alam, Dr Afif Bahardin, mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mesti menghentikan sebarang campur tangan dalam siasatan polis terhadap dakwaan kononnya wujud penyelewengan dana RM600 bilion ketika pentadbiran Perikatan Nasional (PN).

Menurut beliau, kononnya kenyataan Saifuddin bahawa beliau akan mengadakan perbincangan lanjut dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berhubung dakwaan itu seolah-olah memperlihatkan tindakan mahu campur tangan.

“Kami mengutuk sekeras-kerasnya campur tangan politik yang jelas oleh Menteri dalam mengarahkan polis tentang cara menjalankan tugasnya. Ini dendam politik dalam bentuk yang paling jelek dan tidak sepatutnya berlaku di mana-mana negara.

“Pemimpin Pakatan Harapan (PH), yang mendakwa memperjuangkan reformasi demokrasi, tadbir urus baik dan kebebasan institusi, kini secara terbuka mengakui membincangkan perkara penyiasatan membabitkan lawan politik mereka dengan polis, satu yang mengejutkan dan tidak pernah berlaku sebelum ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sungguhpun Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Mahiaddin Md. Yasin mengalu-alukan sebarang penyiasatan ke atas pakej bantuan berjumlah RM530 bilion ketika pandemik COVID-19, Saifuddin tidak perlu membincangkan secara spesifik sebarang siasatan dengan Ketua Polis Negara.

Katanya, tanggungjawab Menteri Dalam Negeri adalah untuk memberi arahan dasar yang sesuai kepada badan penyiasat dan menjamin keselamatan negara, bukan untuk campur tangan dalam mana-mana siasatan.

Saifuddin pada sidang media semalam berkata akan mengadakan perbincangan lanjut dengan Acryl berkenaan isu dana RM600 bilion didakwa diseleweng kerajaan terdahulu.

Kredit: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *