Kuala Lumpur – Hampir setahun menjalani hidup solo selepas mengalami episod keg.agalan rumah tangga, aktres jelita, Siti Saleha mengakui sedang mengenali hati budi seseorang.
Enggan berkongsi secara terperinci gerangan jejaka yang berjaya menambat hatinya, Siti Saleha mend.edahkan teman lelaki turut hadir memberikan sokongan ketika majlis tayangan drama Hilang untuk siaran Viu.
Jika sudah bersedia, saya sendiri akan berkongsi dalam laman Instagram. Kami masih dalam fasa berkawan dan hubungan belum begitu serius.
“Kami mempunyai persamaan, dia juga lelaki berd.arah kacukan,” katanya.
Tunjuk Wajah Kekasih
Aktres jelita Siti Saleha akhirnya memperkenalkan kekasihnya kepada umum iaitu seoang pereka fesyen ternama tempatan bernama JoshuaFitton.
Siti Saleha atau m.esra disapa sebagai Sally menerusi Instagram berkongsi untaian foto m.esra bersama teman lelakinya itu buat pertama kalinya dan menerima reaksi pelbagai orang ramai termasuk daripada rakan industri.
“Yeay the cat is out of the bag,” coret pelakon Awal Ashaari dalam ruangan komen.
“Good looking c.ouple,” usik pelakon Susan Lankester.

Sementara itu, ada dalam kalangan peminat lelaki turut mengusik Sally atau nama sebenarnya, Siti Saleha Mohd. Baharum mengakui sedang p.atah hati apabila pelakon tersebut ternyata sudah memilih lelaki lain.
“Aduhai, ini ke yang kacukan itu? Bukan saya ke sepatutnya?,” tulis seorang pengguna Instagram.
Ruangan komen pelakon siri Hilang itu dipenuhi dengan emoji berbentuk hati yang rata-rata dihadirkan oleh rakan-rakan seindustri termasuk Ummi Nazeera, Tiz Zaqyah, Nelydia Senrose, Hunny Madu, Daiyan Trisha, AdelineTsen dan Vanidah Imran.
Terdahulu, selepas hampir setahun hidup menj.anda, Sally mend.edahkan bahawa hatinya kini sudah disunting seorang lelaki berd.arah kacukan namun belum bersedia mend.edahkan identiti lelaki tersebut kepada umum.
“Sungguhpun begitu, kawan-kawan yang rapat dengan saya tahu tentang hal ini walaupun saya tak kongsi gambar apa,” katanya dalam satu temu bual sebelum ini.
Meninjau ruangan Instagram, Joshua yang pernah berkahwin dan memiliki anak merupakan lulusan sarjana dalam bidang Senibina dari University of Lincoln, United Kingdom dan kini merupakan pengasas jenama fesyen tanah air.
Sally pernah mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Lutfi Azhar, 36, namun perkahwinan mereka hanya bert.ahan selama empat tahun dan tidak dikuniakan cahaya mata.
Kredit : Kosmo/IG
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.