Tanah Runtuh Batang Kali: Mngsa terakhir akhirnya dijumpai dalam ‘sleeping bag’, Tak sangka ini keadaan m4yat ketika ditemui

HULU SELANGOR: Mayat mangsa terakhir tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya di Batang Kali, di sini, ditemukan sebentar tadi.
Mayat ke-31 itu yang dipercayai kanak-kanak lelaki dibawa keluar sekitar pukul 5 petang dari kawasan kejadian.

Ia sekali gus menjadikan jumlah mangsa yang terkorban dalam tragedi berkenaan adalah seramai 31 orang.

Terdahulu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari kesembilan bersambung sekitar pukul 8 pagi.
Operasi SAR hari ini difokuskan di sektor A (Hillview), dengan keanggotaan 80 di zon merah.

Myat terakhir mangsa diiringi oleh anggota-anggota SAR yang bertungkus-lumus dalam misi berkenaan selama sembilan hari. – Gambar Astro AWANI

Mayat terakhir ditemui dalam ‘sleeping bag’, masih sempurna

HULU SELANGOR: Penemuan ‘sleeping bag’ menoktahkan pencarian mangsa terakhir kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali, di sini, hari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Suprintenden Suffian Abdullah, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) mengesan terdapat ‘sleeping bag’ di sektor A (Hillview) pada pukul 4.53 petang.

Jelas beliau, alat perkhemahan tersebut ditemui dalam keadaan terlungkup pada kedalaman 1.5 meter (m).

“Hasil pemeriksaan dalam ‘sleeping bag’ berkenaan, terdapat mayat kanak-kanak dipercayai satu lelaki dalam anggaran usia tujuh hingga 12 tahun.
“Mangsa ditemukan dalam keadaan berpakaian lengkap, masih sempurna tetapi sudah mula mereput… mayat dihantar ke Hospital Sungai Buloh,” katanya dalam sidang media di lokasi kejadian pada Sabtu.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Operasi JBPM Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, mayat kanak-kanak berkenaan ditemui di tepi lereng pada jarak empat meter dari tapak perkhemahan.

Kata Wan Md Razali, anggota SAR mengesan terdapat satu aliran cecair di tebing berkenaan.

“Anggota SAR mengesyaki sesuatu pelik seperti cecair mayat dan cuba menggali ‘sleeping bag’ yang berada di situ dan mempercayai mangsa terakhir yang kita cari,” jelas beliau.

Wan Md Razali menambah, mangsa kemudian dikorek secara manual menggunakan cangkul dan ‘scoop’.
Secara keseluruhan, jelas beliau 19 mangsa ditemukan di sektor A (Hillview); sektor B – Farmview (satu); manakala sektor C – Riverside (10 mangsa).

Dalam tragedi pada awal pagi Jumaat lalu, seramai 92 individu terlibat dengan 31 mangsa terkorban.

Sementara itu, 61 lagi dilaporkan terselamat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *