Uncategorized

Tanah runtuh di tapak perkhemahan: 2 disahkan mal4ut, 3 cedera dan 51 masih hilang. Ini lokasi sebenar kejadian

KUALA LUMPUR: Dua disahkan maut dalam maut dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Jalan Gening-Batang Kali, awal pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan melalui laman Facebook Korporat JBPM yang memetik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor susulan insiden membabitkan 79 mangsa kira-kira jam 2.20 pagi tadi.

“Maklumat dikemas kini setakat jam 7 pagi tadi, sejumlah 79 mangsa berada di tapak perkhemahan terbabit kejadian runtuhan, dengan 23 daripadanya selamat.

“Sehingga kini, dua mangsa disahkan meninggal dunia, dengan tiga cedera dan 51 yang lain masih belum ditemui.

“Usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan pihak bomba dibantu bersama agensi lain iaitu Persatuan Bomba Sukarela, Bomba Swasta, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),Kementerian Kesihatan (KKM) dan pasukan SMART,” katanya.

Berdasarkan muat naik sama, pihak bomba memaklumkan kejadian berlaku di tepi jalan berhampiran Father’s Organic Farm dan menghempap tapak perkhemahan yang berada berdekatan jalan berkenaan.

Ketinggian runtuhan dianggarkan setinggi 30 meter dengan anggaran keluasan runtuhan sebesar 3 ekar.

kredit:bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *